Friday, November 11, 2011

..:: DI SAAT AKU MERINDUIMU ::..


Di pagi yang sunyi sepi,
Aku tersedar dalam cahaya Subuh,
Lantas memori indah mengimbau,
Di saat itu...rasa rindu kian memuncak,
Pada insan bernama kekasih...
Ya Allah...
Jangan jadikan kerinduan ini satu kealpaan...
Jangan jadikan kerinduan ini satu kelalaian...
Jangan jadikan kerinduan ini meragut kerinduan utama pada MU dan Rasulku..
Sesungguhnya Ya Rahman...
ENGKAU mengetahui hati-hati hambaMU yang merindu...
Merindu pada insan yang tidak pasti..
Namun dia adalah harapan,
Kerana kami pernah mengukir janji...
Menaruh rasa rindu kami...
Menahan rasa rindu hingga kini...
Yang ada hanya rindu pada MU..Sang Pencipta rindu..
Hilang tiba saatnya,rindu yang halal itu milik kami...
Ya Rahman...
Teguhkan hati dan jiwa kami yang sedang merindu...
Jangan biarkan rindu itu mekar dan terus berbunga...
Mematuk dan terus menular bisanya...
Hingga bisa menjadi nanah bahaya...
Dibuai angan dan mimpi yang tak berkesudahan..
Kerana....semuanya tiada erti tanpa redhaMu...


Buat AWAK,saat ini belum masanya untuk kita bertemu...bukannya saya tak mahu...Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang... Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi...
Buat AWAK...Saya di sini masih bersabar menunggu AWAK... kerana saya yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita kerana kesabaran nie...Saya berharap,kalau sekarang hati AWAK sedang terluka, berwuduklah... Dan dekatkanlah diri kepada-Nya...kerana itu yang terbaik...
Buat pemilik cintaku,
Saya kerap bertanya...Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak pula harapan saya untuk menantikan nasihat-nasihat daripada AWAK...mungkin hati ini kosong...Dan hati ini tak sabar menanti kehadiran AWAK yang akan membalut dan menyembuhkan luka dihati saya...dan AWAK mampu mendidik saya menjadi wanita solehah...Dan saya ingin berkongsi segala-galanya dengan AWAK...bercerita segala macam perkara...dan izinkan saya menjadi pendengar kepada segala masalah,kegembiraan dan kedukaan AWAK...Kerana saya ingin menjadi yang terbaik buat AWAK...
AWAK…
Adakah AWAK rindu pada saya? Tapi,apa yang saya harapkan...Moga rindu AWAK kepada ALLAH melebihi rindu AWAK kepada saya...Kerana rindu kepada ALLAH yang akan mendekatkan kita dengan DIA... Saban hari selesai solat, saya mohon moga diutuskan seorang lelaki dan juga suamiku yang sentiasa menjaga Agamanya...kerana saya sendiri sedar,terlalu banyak khilaf yang saya lakukan...masih banyak perkara yang saya perlu belajar...Dan saya perlukan AWAK untuk menjadi pembimbing saya untuk membawa saya ke jalan yang benar...Ke jalan yang diredhai ALLAH...seorang suami yang ajarkan saya dengan Ilmu Agama..Kerana saya sedar saya hanya seorang hamba ALLAH yang tak lari daripada melakukan dosa...


AWAK,terlalu besar harapan saya supaya bersiaplah AWAK untuk mencintai saya secara tulus dan mahu menerima segala kekurangan saya...Kerana saya berjanji akan mencintai AWAK setulus hati saya...Mencintai AWAK kerana ALLAH,itu lebih indah kan??
Buat AWAK yang saya rindu,
Selamat melangkah ke alam pengajian...Selamat berjuang di medan ilmu...Moga Allah permudahkan segala urusan kita bersama-sama....terima kasih untuk segalanya...Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar.... Amin…



Sayang selalu,
-SAR-

Thursday, November 10, 2011

Jadilah Wanita yang Kuat


Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan..
Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan kita tertarik, Itu bukan pilihan
itu kesempatan..
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adalah kesempatan..
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan..
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan..
Adalah pilihan yang harus kita lakukan..
Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasangan kita..Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan..
Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita..
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan..
Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna...


“Mahukah Engkau Menjadi Isteriku…?”
Ini adalah Impian di setiap sejarah Perjalanan hidup seorang Wanita
Di lamar
Di Pinang
Lelaki Soleh
Siapa yang tidak mahu kan….?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi...Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia...Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu...
Walaupun kewujudan cinta kita sendiri tak nampak,tapi bagi aku cinta tue terlalu indah dan cantik...sangat cantik...Bila dapat yang dicari,terus anggap dah bertemu yang paling sesuai kan??tapi hidup tak semudah tue...sebenarnya,cinta tue mengetahui..orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintai...semua manusia boleh jatuh cinta(tak perlu nak baca novel cinta pun)...ok,sekarang aku fikir semula...hakikatnya,cinta sesama manusia tue pecahan yang sangat2 kecil kalau nak dibandingkan dengan cinta ALLAH pada kita kan??
aku rasa boleh dikatakan semua manusia(termasuk korang yg baca blog nie) pernah mengalami situasi nie..(termasuk aku sendiri)...contohnya,si A meluahkan perasaan dia kepada si B...then,bercinta and rasa hubungan tue akan berjaya ke jinjang pelamin(pernah rase camni tak?)...at last, BREAK OFF...ramai yang susah nak terima hakikat bila dah jadi camnie...bila tak cukup kuat,kecewa punya pasal...sampai mempengaruhi hingga ke sendi-sendi kehidupan sendiri(dalam maknanya nie)...kebanyakan remaja or kaum muda putus cinta,segala harapan untuk dapatkan kasih sayang macam dah tiada..jangan fikir macam tue tau...sebaiknya,kita mengharapkan kasih sayang ALLAH...paling penting,kita jangan sampai kehilangan pegangan hidup iaitu ISLAM...kawan aku pernah cakap kat aku,"AISHAH,BIAR AOK HILANG DIA...JANGAN HILANG TUHAN"..betul la ape yang kawan aku cakap tue...and kata-kata tue jugak wat aku kuat...kuat untuk apa-apa yang jadi dalam hidup aku...kita kena ingat,setiap apa yang kita dapat dalam hidup nie...tak kira lah baik atau buruk..segalanya datang daripada ALLAH...meskipun mula-mula kita susah nak faham and sakit untuk terima,tapi bila mind set kita percaya yang perkara tue merupakan jalan terbaik...percayalah,kita akan ikhlas terima semua tue...maksudnya,kita tahu apa itu redha dengan takdir...aku tahu,aku pun seorang hamba ALLAH yang lemah,masih nipis imannya...byk lagi yang aku kena belajar tentang hidup nie...hrmmm...ape yang aku nak cakap sekarang nie,dekatkan diri dengan ALLAH..jangan pernah putus asa...aku tulis nie,bukan tentang cinta semata-mata...tapi tentang hidup nie...tentang semua yang berlaku dan akan berlaku...kepada yang baca blog nie,aku tulis nie sekadar untuk luahkan ape yang ada dalam kepala aku nie(menulis cara aku luahkan ape yang aku rase)...ingat,doa adalah kekuatan orang beriman...
moga ALLAH beri kita semua kekuatan untuk teruskan hidup...




YA ALLAH...KAU ampunkanlah dosaku...hidup suburkanlah hatiku dengan makrifat,yakni pengetahuan sebenar tentang-MU...
aku mohon YA ALLAH...jika aku jatuh cinta,benihkanlah cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-MU agar bertambah kekuatan aku mencintai-MU..
YA ALLAH...izinkan aku cintai dia dalam diam..Cukup cintai dia dari kejauhan..Kerana hadirnya tak mampu menjauhkan aku daripada ujian.. kerana hadirnya hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. sedangkan ENGKAU lebih mengetahui kekuatan imanku..
YA ALLAH...Cukuplah aku cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kesakitan...
Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK...
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..
YA ALLAH,kurniakanlah aku seorang lelaki yang mampu menjadi imam untuk solatku,
seorang lelaki yang menitiskan air mata melihat kesakitanku melahirkan zuriatnya,
seorang lelaki yang dapat mengejutkan aku untuk bangun beribadat kepada-MU bersama-sama di tengah malam...
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. biarkan ENGKAU yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
*Doaku suatu masa dulu..Alhamdulillah,Allah telah memberi aku satu jiwa yang sangat menyayangiku...moga kebahagiaan ini abadi,dan kami sama-sama melayari hubungan ini di atas landasan Iman yang betul...Amin...


+*+ AISHAH_ECAH +*+

Sunday, November 6, 2011

Rahsia Hati Ayah buat Seorang Anak....

AYAHKU,IDOLAKU...
Hari ini,saya betul-betul rindukan arwah abah...Mesti best kalau arwah masih ada dengan saya saat ini...Tapi saya tahu,arwah tak akan kembali lagi...Moga roh insan yang saya rindui ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...Amin...Saat saya melayan perasaan seorang diri kat bilik nie,tetiba teringat dekat seseorang...Dia tidak pernah saya kenali,apatah lagi untuk bersua muka...saya sekadar mengenali dia daripada seseorang melalui ceritanya tentang lelaki itu....Daripada cerita-cerita yang dia sampaikan,timbul rasa kagum saya kepada lelaki ini...Dan daripada cerita-cerita yang dia sampaikan itulah,saya cuba meletakkan diri saya di tempat si ayah....Kerana saya dapat melihat betapa kasihnya si ayah kepada anaknya....Tulisan saya kali nie,ilham daripada sebuah catatan yang saya baca...Catatan seorang ayah buat anak-anak yang disayangi....Kepada SI DIA,hayatilah tulisan ini...Dan awak akan mengerti rahsia hati ayah awak...Jika arwah abah saya masih ada,saya yakin tulisan ini juga adalah rahsia hatinya...


Saya akan sentiasa mengucup dahi,pipi dan ubun-ubun kepalanya pada waktu pagi,siang dan malam hari...Sejak dia baru membuka matanya di waktu fajar hingga menjelang menutup mata...Bahkan saya bangunkan dia dengan kucupan hangat agar senyum manisnya lah yang membuka paginya...Andai dia tahu,di setiap pertengahan malam saat dia lena dibuai mimpi,saya akan selalu mengucup dahinya...Saya lakukan itu agar sampai bila-bila pun dia takkan penah lupa ada insan penuh cinta yang setiap tuturnya bermakna sayang dan setiap hembusan nafasnya adalah kasih...Saya akan menjadi apapun untuknya...Kadang-kadang menjadi harimau yang garang dengan ngauman keras yang membuatnya menangis...Sesekali menjadi katak yang melompat lucu atau menjadi burung yang hinggap dari satu ranting ke ranting yang lain...Pada pagi hari pula,saya menjadi ayam yang berkokok membelah fajar dan malamnya menjadi bintang-bintang yang bertaburan di dada langit sementara menemani tidurnya hingga malam berlalu...Saya tak akan bosan menceritakan kisah dongeng di mana pun,kalau perlu sampai dia bosan...Walau saya tahu,sebanyak manapun cerita dongeng yang saya cerita,dia takkan bosan...Baginya,sayalah pendongeng terhebat dunia...yang mampu membuatnya tertawa,terkadang membuatnya menjerit ketakutan,atau memaksanya mengeluarkan air mata...Berangkat bersama fajar yang beranjak pergi...Pulang dari tempat kerja ditemani rasa kasih di hati,pekerjaan apapun rela saya tempuhi untuk sebuah keyakinan dia mendapatkan makanan yang baik,cukup dan halal...Setidaknya untuk hari ini...Untuk sebuah harapan agar dia mendapatkan pendidikan yang layak untuk masa depannya...Inilah bentuk pengorbanan yang tak pernah saya meminta balasan apapun daripadanya kelak...Bagi seorang ayah,mendapatkan sekuntum senyuman si buah hati tetap menghiasi hari-harinya,itu SUDAH CUKUP...Kalau boleh,tak ingin saya melihat dia bersedih atau susah hati...




SAHABAT!! Inilah satu istilah yang saya katakan kepada dia tentang siapa saya...Saya bukan sekadar ayah baginya,malahan sahabat...Saya akan menjadi sahabat terbaiknya yang menyediakan hati sehamparan bumi dan telinga seluas lautan...yang akan mendengar semua kisahnya dan menampung sebanyak manapun air matanya...yang akan bersedia menangis bersamanya saat dia sedih,dan tertawa bersamanya saat dia bahagia...yang akan sentiasa hadir untuknya sampai bila-bila pun,di manapun dia memerlukan...Dada ini setegar karang di laut yang siap menjadi tambatan kepadanya dengan segunung persoalan yang dihadapinya...Dalam setiap sujud,namanya tak pernah alpa terucap...Sepanjang doa yang dilantun,tak pernah sekalipun namanya terlupa...Kepada ALLAH sentiasa dipinta agar seribu Malaikat membimbing setiap jengkal langkanya...Agar sejuta cahaya tidak pernah padam menerangi jalannya...dan tidak terbilang tangan menjaganya dari jalan yang menyimpang...Sering kali air mata lelaki ini menitis tidak tertahan apabila memandang wajahnya,berharap tidak banyak dosa yang mengotori perjalanan hidupnya...Meminta tidak banyak aral melintang yang melintangi langkah kecilnya dan tidak tersebar onak yang akan menghambat jalannya...Kebahagiaannya adalah kata kunci dalam setiap pinta saya kepada ALLAH...Saya sedar ,adalah tidak patut berharap dia akan membalas cinta seperti yang saya curahkan buatnya...Apatah lagi berkira-kira agar dia tahu betapa banyaknya kasih yang saya beri kepadanya...Juga tidak mungkin saya menuntut untuk mengganti semua peluh yang bercucuran untuknya...Tidak sedikit pun saya minta bayaran untuk setiap air mata yang luruh sepanjang hidupnya...Bukan kerana saya tahu dia takkan pernah sanggup membayarnya,tapi sekadar dia tahu bahawa CINTA INI BEGITU TULUS,JUJUR,SUCI NAMUN SEDERHANA... tidak ada yang sanggup menggantinya,berapapun yang ditawarkannya...
Sungguh,saya melakukan ini semua demi satu harapan...Kelak dan sampai bila-bila pun dia TIDAK PERLU MENCARI IDOLA LAIN UNTUK DIA BANGGAKAN...Dan dia takkan pernah malu untuk meyebut bahawa dia mendambakan kehadiran idolanya dan aka menangisi pemergiannya...Kerana sampai bila-bila pun dia akan berkata kepada dunia.... “SAYALAH AYAHNYA,SAYALAH IDOLANYA”

Buat awak,tahniah kerana mempunyai ayah sehebat dia...Kasih dan sayangnya pada awak tak terucap,dan tak mampu awak balas sampai bila-bila pun...Dia memang layak bergelar idola awak,kerana dia memiliki ketabahan yang luar biasa....Moga awak mewarisi hati dan jiwanya dalam meneruskan kehidupan awak...Kerana DIA ADALAH KEKUATAN AWAK........

Thursday, November 3, 2011

Sayang Selamanya....


Cerita aku kali ini,merupakan sebuah cerita yang sering diperdengarkan di kebanyakan ceramah-ceramah agama sebagai pengajaran kepada pendengar. Namun tulisanku ini sekadar ingatan untuk dihayati bersama....
Nabi Ibrahim mendapat gelaran Khalilullah,sedangkan Nabi Musa mendapat gelaran Kalimullah. Kalimullah ertinya orang yang dapat berbicara secara lansung dengan Allah S.W.T. Beberapa kali baginda bermunajat secara lansung kepada Allah S.W.T di Bukit Thursina. Pernah dalam satu munajat,baginda mengajukan pertanyaan.
“Ya Allah,siapakah yang menjadi jiran tetanggaku di syurga kelak?”
Dalam kesempatan itu,Nabi Musa mendapat jawapan yang membuatnya berasa sangat ingin tahu. Disebutkan bahawa di syurga kelak,baginda akan berjiran dengan seorang pemuda yang tampan dan berasal dari sebuah kampung. Selesai bermunajat, Nabi Musa tidak sabar ingin berjumpa dengan calon tetangganya. Tanpa menunda waktu,baginda terus turun dari Bukit Thursina,lalu berjalan menuju ke tempat yang disebutkan. Jarak yang ditempuh cukup jauh. Namun hal itu tidak menghalang tekad baginda untuk bertemu dengan pemuda tersebut. Setelah beberapa hari menempuh perjalanan,akhirnya Nabi Musa sampai di tempat yang dituju. Baginda bertanya kepada orang kampung mengenai kehadirannya adalah untuk mencari pemuda itu. Akhirnya Nabi Musa menemukan tempat tinggal yang dicari.
Setelah tiga kali mengucap salam,pintu dibuka. Di sebalik pintu terdengar seseorang menjawab salam. Sejenak kemudian,muncul seorang pemuda tampan lalu mempersilakan Nabi Musa masuk ke dalam rumah.Hal yang menghairankan telah berlaku kerana si pemuda terus pergi selepas mempersilakan Nabi Musa duduk. Dia masuk seperti ada urusan yang sangat penting perlu diselesaikan. Jika tidak,mana mungkin dia mengabaikan tetamu yang datang dari jauh itu. Nabi Musa tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh si pemuda itu.

Saat itulah si pemuda keluar dari bilik dan membawa seekor khinzir betina yang,didukungnya dengan lemah-lembut seakan-akan si pemuda takut membuatnya sakit atau rasa terganggu. Nabi Musa sangat terkejut dan hairan. Kehairanan Nabi Musa semakin bertambah ketika pemuda itu membawa khinzir itu ke bilik mandi lalu dimandikan. Sungguh pelik,apalagi setelah melihat pemuda itu menggosok-gosok tubuh khinzir itu dengan lembut lalu dikeringkan dengan sehelai tuala bersih. Kini,khinzir itu kelihatan lebih bersih dan segar. Sesekali terlihat pemuda itu mencium khinzir itu,lalu dibawa masuk ke dalam bilik. Tidak lama kemudian,si pemuda keluar dari bilik. Tapi kali ini dia membawa khinzir jantan. Khinzir ini juga diperlakukan seperti khinzir betina tadi. Beberapa kali dia mencium kepala khinzir itusebelum menghantarnya masuk ke bilik.
Selesai memandikan sepasang khinzir,barulah pemuda itu menemui Nabi Musa di ruang tamu. Seperti tidak sabar,baginda terus saja bertanya kepada pemuda.
“Saudaraku, boleh ku tahu agamamu?”
“Saya beragama Tauhid”
“Lalu mengapa engkau memperlakukan dua ekor khinzir tadi dengan penuh hormat?Sungguh itu merupakan sikap yang tidak biasa dilakukan oleh orang yang beragama Tauhid.”
“Begini,kedua-dua khinzir tadi sebenarnya bukan khinzir biasa. Tetapi khinzir jadian. Mereka adalah ayah dan ibuku.” Kata pemuda itu tenang.
“kenapa mereka menjadi sepasang khinzir?” Tanya Nabi Musa semakin ingin tahu.
“Ayah dan Ibuku telah berbuat dosa besar. Sebagai hukumannya, Allah telah mengubah rupa mereka menajdi khinzir yang buruk dan kotor.”
“Ayah dan ibumu melakukan dosa besar dan bertukar menjadi khinzir,tetapi kenapa kamu masih mahu mengurus mereka dengan sempurna?’
“Dosa ayah ibu dan berbakti kepada mereka adalah dua perkara yang berbeza. Urusan dosa mereka itu terserah kepaada Allah S.W.T. Kewajipanku sebagai anak adalah menyayangi berbakti kepada mereka,bukan yang lain.”
“Apakah engkau tidak berasa malu?’ Tanya baginda lagi.
“Baik buruk,mereka tetap ayah dan ibuku.Aku dilahirkan daripada rahim ibuku dan makan rezeki hasil daripada usaha ayahku. Aku menjadi seperti hari ini pun,tidak terlepas daripada kewujudan mereka. Setiap hari,aku kan terus berdoa moga mereka mendapat keampunan Allah S.W.T. Aku tidak jemu berdoa supaya Allah S.W.T akan mengubah kembali rupa mereka seperti sedia kala. Namun sampai detik ini,doaku masih belum dimakbulkan”.
Kini Nabi Musa menerti mengapa pemuda tampan itu akan menjadi tetangganya di syurga kelak. Pemuda itu begitu berbakti dan taat kepada ibu bapa sekalipun mereka telah berubah menjadi dua ekor khinzir.



Ya Allah,begitu mulia hati pemuda tue kan? Adakah kita boleh menjadi setaat dia? Dunia akhir zaman,ramai orang buat orang tua mereka macam sampah...Lebih teruk daripada sampah!Sedangkan sampah pun Alam Flora datang pungut...Ironi kehidupan yang sangat susah untuk aku fahami...Tinggalkan mak ayah dekat rumah orang tua...Kalau jaga pun,upah orang untuk jaga...Kadang-kadang bila dah kaya,lupa diri...Tak ingat lansung dah dekat mak ayah kat kampung...Kononnya malu nak mengaku asal dari kampung,malu nak mengaku mak ayah bila tengok keadaan mereka yang selekeh. Ya Allah,apa dosa mereka? Mengapa sanggup memperlakukan macam tue dekat mak dan ayah sendiri...Percayalah,mak ayah tak nak pun duit kita...Apa yang mereka nak,kasih-sayang dari kita...Perhatian daripada kita...Gembirakanlah hati mereka selagi hayat mereka ada....Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi diri kita hingga kini...Pengajaran daripada kisah Nabi Musa dan pemuda tadi,siapa pun mereka di mata masyarakat,mereka tetap mak dan ayah kita dunia akhirat...Apa pun khilaf mereka,itu urusan mereka dengan Allah...Kita sebagai anak tetap wajib melaksanakan perintah Allah supaya taat kepada kedua orang tua kita...Sungguh,kasih sayang mereka membawa ke syurga....SAYA SAYANG MAK DAN ABAH SAYA 


SAR & MLHMF

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers