Thursday, November 3, 2011

Sayang Selamanya....


Cerita aku kali ini,merupakan sebuah cerita yang sering diperdengarkan di kebanyakan ceramah-ceramah agama sebagai pengajaran kepada pendengar. Namun tulisanku ini sekadar ingatan untuk dihayati bersama....
Nabi Ibrahim mendapat gelaran Khalilullah,sedangkan Nabi Musa mendapat gelaran Kalimullah. Kalimullah ertinya orang yang dapat berbicara secara lansung dengan Allah S.W.T. Beberapa kali baginda bermunajat secara lansung kepada Allah S.W.T di Bukit Thursina. Pernah dalam satu munajat,baginda mengajukan pertanyaan.
“Ya Allah,siapakah yang menjadi jiran tetanggaku di syurga kelak?”
Dalam kesempatan itu,Nabi Musa mendapat jawapan yang membuatnya berasa sangat ingin tahu. Disebutkan bahawa di syurga kelak,baginda akan berjiran dengan seorang pemuda yang tampan dan berasal dari sebuah kampung. Selesai bermunajat, Nabi Musa tidak sabar ingin berjumpa dengan calon tetangganya. Tanpa menunda waktu,baginda terus turun dari Bukit Thursina,lalu berjalan menuju ke tempat yang disebutkan. Jarak yang ditempuh cukup jauh. Namun hal itu tidak menghalang tekad baginda untuk bertemu dengan pemuda tersebut. Setelah beberapa hari menempuh perjalanan,akhirnya Nabi Musa sampai di tempat yang dituju. Baginda bertanya kepada orang kampung mengenai kehadirannya adalah untuk mencari pemuda itu. Akhirnya Nabi Musa menemukan tempat tinggal yang dicari.
Setelah tiga kali mengucap salam,pintu dibuka. Di sebalik pintu terdengar seseorang menjawab salam. Sejenak kemudian,muncul seorang pemuda tampan lalu mempersilakan Nabi Musa masuk ke dalam rumah.Hal yang menghairankan telah berlaku kerana si pemuda terus pergi selepas mempersilakan Nabi Musa duduk. Dia masuk seperti ada urusan yang sangat penting perlu diselesaikan. Jika tidak,mana mungkin dia mengabaikan tetamu yang datang dari jauh itu. Nabi Musa tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh si pemuda itu.

Saat itulah si pemuda keluar dari bilik dan membawa seekor khinzir betina yang,didukungnya dengan lemah-lembut seakan-akan si pemuda takut membuatnya sakit atau rasa terganggu. Nabi Musa sangat terkejut dan hairan. Kehairanan Nabi Musa semakin bertambah ketika pemuda itu membawa khinzir itu ke bilik mandi lalu dimandikan. Sungguh pelik,apalagi setelah melihat pemuda itu menggosok-gosok tubuh khinzir itu dengan lembut lalu dikeringkan dengan sehelai tuala bersih. Kini,khinzir itu kelihatan lebih bersih dan segar. Sesekali terlihat pemuda itu mencium khinzir itu,lalu dibawa masuk ke dalam bilik. Tidak lama kemudian,si pemuda keluar dari bilik. Tapi kali ini dia membawa khinzir jantan. Khinzir ini juga diperlakukan seperti khinzir betina tadi. Beberapa kali dia mencium kepala khinzir itusebelum menghantarnya masuk ke bilik.
Selesai memandikan sepasang khinzir,barulah pemuda itu menemui Nabi Musa di ruang tamu. Seperti tidak sabar,baginda terus saja bertanya kepada pemuda.
“Saudaraku, boleh ku tahu agamamu?”
“Saya beragama Tauhid”
“Lalu mengapa engkau memperlakukan dua ekor khinzir tadi dengan penuh hormat?Sungguh itu merupakan sikap yang tidak biasa dilakukan oleh orang yang beragama Tauhid.”
“Begini,kedua-dua khinzir tadi sebenarnya bukan khinzir biasa. Tetapi khinzir jadian. Mereka adalah ayah dan ibuku.” Kata pemuda itu tenang.
“kenapa mereka menjadi sepasang khinzir?” Tanya Nabi Musa semakin ingin tahu.
“Ayah dan Ibuku telah berbuat dosa besar. Sebagai hukumannya, Allah telah mengubah rupa mereka menajdi khinzir yang buruk dan kotor.”
“Ayah dan ibumu melakukan dosa besar dan bertukar menjadi khinzir,tetapi kenapa kamu masih mahu mengurus mereka dengan sempurna?’
“Dosa ayah ibu dan berbakti kepada mereka adalah dua perkara yang berbeza. Urusan dosa mereka itu terserah kepaada Allah S.W.T. Kewajipanku sebagai anak adalah menyayangi berbakti kepada mereka,bukan yang lain.”
“Apakah engkau tidak berasa malu?’ Tanya baginda lagi.
“Baik buruk,mereka tetap ayah dan ibuku.Aku dilahirkan daripada rahim ibuku dan makan rezeki hasil daripada usaha ayahku. Aku menjadi seperti hari ini pun,tidak terlepas daripada kewujudan mereka. Setiap hari,aku kan terus berdoa moga mereka mendapat keampunan Allah S.W.T. Aku tidak jemu berdoa supaya Allah S.W.T akan mengubah kembali rupa mereka seperti sedia kala. Namun sampai detik ini,doaku masih belum dimakbulkan”.
Kini Nabi Musa menerti mengapa pemuda tampan itu akan menjadi tetangganya di syurga kelak. Pemuda itu begitu berbakti dan taat kepada ibu bapa sekalipun mereka telah berubah menjadi dua ekor khinzir.



Ya Allah,begitu mulia hati pemuda tue kan? Adakah kita boleh menjadi setaat dia? Dunia akhir zaman,ramai orang buat orang tua mereka macam sampah...Lebih teruk daripada sampah!Sedangkan sampah pun Alam Flora datang pungut...Ironi kehidupan yang sangat susah untuk aku fahami...Tinggalkan mak ayah dekat rumah orang tua...Kalau jaga pun,upah orang untuk jaga...Kadang-kadang bila dah kaya,lupa diri...Tak ingat lansung dah dekat mak ayah kat kampung...Kononnya malu nak mengaku asal dari kampung,malu nak mengaku mak ayah bila tengok keadaan mereka yang selekeh. Ya Allah,apa dosa mereka? Mengapa sanggup memperlakukan macam tue dekat mak dan ayah sendiri...Percayalah,mak ayah tak nak pun duit kita...Apa yang mereka nak,kasih-sayang dari kita...Perhatian daripada kita...Gembirakanlah hati mereka selagi hayat mereka ada....Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi diri kita hingga kini...Pengajaran daripada kisah Nabi Musa dan pemuda tadi,siapa pun mereka di mata masyarakat,mereka tetap mak dan ayah kita dunia akhirat...Apa pun khilaf mereka,itu urusan mereka dengan Allah...Kita sebagai anak tetap wajib melaksanakan perintah Allah supaya taat kepada kedua orang tua kita...Sungguh,kasih sayang mereka membawa ke syurga....SAYA SAYANG MAK DAN ABAH SAYA 


SAR & MLHMF

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers