Thursday, December 20, 2012

HUSNUZON vs SUUZON


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.... Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
HUSNUZON... Berbicara tentang husnuzon, inilah yang saya cuba tanamkan dalam diri saban hari... Sungguh, bukan mudah menyemai benih husnuzon dalam diri nie... Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Saya memetik kata-kata Saidina Umar bin Al‐Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar
daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu
masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

 
Fitrah manusia, selalu sangat nak menghukum orang kan??  Tipulah kalau saya kata, saya sentiasa berhusnuzon tika apapun yang melanda.... Sekuat mana saya berhusnuzon, mesti terdetik dalam hati, terfikir akan perkara sebaliknya...Ada je yang nak bersangka buruk (SUUZON).

Contohnya.....
Pergi surau mana-mana,singgah nak solat...Tengok-tengok telekung tiada...Kalau ada pun dua atau tiga pasang je...
Lepas tue terus cakap,

“Apa la surau nie, telekung pun takde ke? Macam mana orang datang nak solat?”

Haa...dalam surau pun boleh cakap maca tue kan?? Apa lah salahnya tanamkan husnuzon tue dalam diri...

“Owh...Ada orang yang basuh telekung yang ada kat surau nie,patut tinggal sikit je”

*P/s :The moral is, pakai lah pakaian harian yang boleh dibawa solat...Kalau pakai yang kita pakai tue boleh dipakai untuk solat,bermakna kita dah menutup aurat dengan sempurna!!

Bila seseorang dipilih mewakili sesebuah organisasi ke mana-mana misalnya, sedangkan dia tak pernah jadi wakil apa-apa program pun....Laju je nak menghukum...

“Ehhhh...Kenapa dia dipilih?Dia bukan bagus sangat pun”
“La, dia ke yang jadi wakil? Dia boleh ke handle?

Haa...mesti terdetik dalam hati nak cakap macam tue kan??Macam kita nie bagus sangat je...
Kenapa bila berhadapan dengan situasi macam nie, kita tak cakap macam nie...

“Oh, bagus juga dia dipilih...Sekurang-kurangnya boleh bagi peluang kepada dia, mengcungkil bakat terpendam yang dia ada”



 
See?? Bukan senang nak tanamkan sifat husnuzon nie kan?? Sehebat manapun kita nak berbaik sangka pada orang, nanti ada je encik syaitan durjana tue berbisik macam-macam yang tak elok...Elok-elok kita nak husnuzon, terus berburuk sangka jadinya..

TETAPI, boleh ke nak berhusnuzon dengan perkara yang DUSTA??

Contohnya, terjumpa pasangan couple berpelukan di khalayak ramai... Terus je nak buat kesimpulan sendiri...

“Ishhh...Segan lah sikit dengan orang ramai yang lalu-lalang”
“Amboi, macam dia sorang yang bercinta”

Kemudian kita cuba untuk berhusnuzon.....

“Ohhh, mereka dah kahwin tue...Patutla romantik sangat,pengantin baru rupanya”

Kalau kita melihat orang yang melakukan dosa atau kemaksiatan,lalu kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut.... Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak
meredhai). Dan itu adalah selemah‐lemah Iman". (Diriwayatkan oleh Imam Muslim).

Jelas di sini, bahawa Islam melarang umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah....

Contohnya kita melihat orang Islam di dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor.... Tetapi kita berbaik sangka kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakanbahawa   

“itu jalan rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan”.... 

Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan.... Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua‐dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati (tidak redha dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah‐lemah iman...
Jadi, macam situasi yang saya sebutkan tadi bila jumpa pasangan couple berpelukan, kalau rasa mereka memang belum kahwin...Kalau tak mampu menegur, cegahlah dengah hati yakni TIDAK MEREDHAI dan MARAH akan perlakuan tersebut....

“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan
serta hati, semua anggota‐anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat)
tentang apa Yang dilakukannya.” (Al‐Isra : 36)

 
Allah,Allah,Allah...Cuba ingat balik...Pernah tak kita  ber suuzon dengan orang lain?? Sedihnya rasa, hati nie senang je nak judge orang...Sedangkan kita pun tak tahu kita nie macam mana pada pandangan orang...Kan??
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan....Betul lah kan, kalau orang beriman mana mungkin dia berburuk sangka dengan orang lain....Tapi kita?? Ampunkan kami Ya Allah...

Akan tetapi, ketahuilah oleh kita bahawa di dalam Islam, terdapat buruk sangka yang harus...
Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara.... Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumahan pada waktu malam.... Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga‐jaga dari berlakunya musibah‐musibah yang tak diingini...Perbuatan buruk sangka seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita....Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak‐anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja....
Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut....Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.....Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan buruk sangka tersebut kita mengupah orang untuk menebang  pokok tersebut untuk menjaga keselamatan rumah dan nyawa keluarga kita....Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan....Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa
mengorbankan pihak‐pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak...

“Wahai orang‐orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari‐cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan‐larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al‐Hujurat : 12)

Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati.....Maka jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia amat merugikan diri kita... Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.




Rasulullah SAW menyatakan ramai ahli syurga adalah terdiri daripada orang miskin yang bersyukur dan hati yang mereka bersih daripada hasad dengki, iri hati dan buruk sangka..
Ramai ahli neraka adalah wanita kerana wanita tidak bersyukur kepada nikmat rezeki daripada suaminya dan sentiasa suka mengumpat, mengadu domba dan berhasad dengki dan buruk sangka....
 
Oleh itu kita perlu berhati-hati supaya amal soleh dan kebaikan kita tidak terhapus disebabkan kita sentaiasa berburuk sangka dan terpengaruh dengan seseorang yang mengumpat , mendedahkan aib seseorang dan membuat fitnah.....Dan latihlah hati kita supaya sentiasa dapat dijauh daripada buruk sangka dan hasad dengki kerana jika hati kita masih kotor dengan sifat-sifat mazmumah ianya menyukarkan kita untuk menjadi calon ahli syurga. ...Wallahualam....

Sayang semua kerana ALLAH,
AISHAH


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers