Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.... Selawat
serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
HUSNUZON... Berbicara
tentang husnuzon, inilah yang saya cuba tanamkan dalam diri saban hari...
Sungguh, bukan mudah menyemai benih husnuzon dalam diri nie... Maksud
Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang
dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat
mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Saya memetik kata-kata Saidina
Umar bin Al‐Khattab ra :
“Jangan
kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar
daripada
seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu
masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.
Fitrah manusia, selalu sangat nak
menghukum orang kan?? Tipulah kalau saya
kata, saya sentiasa berhusnuzon tika apapun yang melanda.... Sekuat mana saya
berhusnuzon, mesti terdetik dalam hati, terfikir akan perkara sebaliknya...Ada
je yang nak bersangka buruk (SUUZON).
Contohnya.....
Pergi surau mana-mana,singgah nak
solat...Tengok-tengok telekung tiada...Kalau ada pun dua atau tiga pasang je...
Lepas tue terus cakap,
“Apa la surau nie, telekung pun takde ke? Macam mana orang datang
nak solat?”
Haa...dalam surau pun boleh cakap maca
tue kan?? Apa lah salahnya tanamkan husnuzon tue dalam diri...
“Owh...Ada orang yang basuh telekung yang ada kat surau nie,patut
tinggal sikit je”
*P/s :The moral is, pakai lah pakaian
harian yang boleh dibawa solat...Kalau pakai yang kita pakai tue boleh dipakai
untuk solat,bermakna kita dah menutup aurat dengan sempurna!!
Bila seseorang dipilih mewakili
sesebuah organisasi ke mana-mana misalnya, sedangkan dia tak pernah jadi wakil
apa-apa program pun....Laju je nak menghukum...
“Ehhhh...Kenapa dia dipilih?Dia bukan bagus sangat pun”
“La, dia ke yang jadi wakil? Dia boleh ke handle?”
Haa...mesti terdetik dalam hati nak
cakap macam tue kan??Macam kita nie bagus sangat je...
Kenapa bila berhadapan dengan situasi
macam nie, kita tak cakap macam nie...
“Oh, bagus juga dia dipilih...Sekurang-kurangnya boleh bagi
peluang kepada dia, mengcungkil bakat terpendam yang dia ada”
See?? Bukan senang nak tanamkan sifat
husnuzon nie kan?? Sehebat manapun kita nak berbaik sangka pada orang, nanti
ada je encik syaitan durjana tue berbisik macam-macam yang tak elok...Elok-elok
kita nak husnuzon, terus berburuk sangka jadinya..
TETAPI, boleh ke nak berhusnuzon dengan
perkara yang DUSTA??
Contohnya, terjumpa pasangan couple
berpelukan di khalayak ramai... Terus je nak buat kesimpulan sendiri...
“Ishhh...Segan lah sikit dengan orang ramai yang lalu-lalang”
“Amboi, macam dia sorang yang bercinta”
Kemudian kita cuba untuk
berhusnuzon.....
“Ohhh, mereka dah kahwin tue...Patutla romantik sangat,pengantin
baru rupanya”
Kalau kita melihat orang yang
melakukan dosa atau kemaksiatan,lalu kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan
mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan
oleh orang tersebut.... Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran
yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Hadis
Rasulullah saw yang bermaksud :
"Barangsiapa diantara kamu yang
melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan)
jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak
mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak
meredhai). Dan itu adalah
selemah‐lemah Iman". (Diriwayatkan oleh Imam Muslim).
Jelas di sini, bahawa Islam melarang
umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut
jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah....
Contohnya kita melihat orang Islam di
dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor.... Tetapi kita berbaik sangka
kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakanbahawa
“itu jalan
rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan”....
Cegahlah segala
kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau
mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan.... Mampu dengan lidah, ubahlah
dengan lidah, kalau dua‐dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati
(tidak redha dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah‐lemah iman...
Jadi,
macam situasi yang saya sebutkan tadi bila jumpa pasangan couple berpelukan,
kalau rasa mereka memang belum kahwin...Kalau tak mampu menegur, cegahlah
dengah hati yakni TIDAK MEREDHAI dan MARAH akan perlakuan tersebut....
“Dan janganlah Engkau mengikut apa
Yang Engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan
serta hati, semua anggota‐anggota itu
tetap akan ditanya (di akhirat)
tentang apa Yang dilakukannya.” (Al‐Isra :
36)
Allah,Allah,Allah...Cuba ingat
balik...Pernah tak kita ber suuzon dengan
orang lain?? Sedihnya rasa, hati nie senang je nak judge orang...Sedangkan kita
pun tak tahu kita nie macam mana pada pandangan orang...Kan??
Rasulullah SAW
telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak,
hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ini membawa
maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan
apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan....Betul lah
kan, kalau orang beriman mana mungkin dia berburuk sangka dengan orang
lain....Tapi kita?? Ampunkan kami Ya Allah...
Akan tetapi,
ketahuilah oleh kita bahawa di dalam Islam, terdapat buruk sangka yang harus...
Umat Islam juga perlu bersangka buruk
terhadap beberapa perkara.... Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang
ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran
perumahan pada waktu malam.... Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil
sikap berjaga‐jaga dari berlakunya musibah‐musibah yang tak diingini...Perbuatan
buruk sangka seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan
harta kita....Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak‐anak, kerana
mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja....
Hasil dari sangka buruk tersebut, kita
menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan
prestasi anak tersebut....Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan
semua pihak.....Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah
kita, maka dengan buruk sangka tersebut kita mengupah orang untuk menebang pokok tersebut untuk menjaga keselamatan
rumah dan nyawa keluarga kita....Maka bersangka buruk seperti ini juga
diharuskan....Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa
mengorbankan pihak‐pihak yang tertentu
atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua
pihak...
“Wahai
orang‐orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari‐cari kesalahan dan
keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika
demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu,
patuhilah larangan‐larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al‐Hujurat
: 12)
Orang yang berburuk sangka juga sama
dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati.....Maka jauhilah
sifat penyakit hati ini, kerana ia amat merugikan diri kita... Kembalilah ke
jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan
tersebut.
Rasulullah SAW
menyatakan ramai ahli syurga adalah terdiri daripada orang miskin yang
bersyukur dan hati yang mereka bersih daripada hasad dengki, iri hati dan buruk
sangka..
Ramai ahli neraka adalah wanita kerana wanita tidak bersyukur kepada
nikmat rezeki daripada suaminya dan sentiasa suka mengumpat, mengadu domba dan
berhasad dengki dan buruk sangka....
Oleh itu kita perlu berhati-hati supaya amal soleh dan kebaikan kita tidak terhapus disebabkan kita sentaiasa berburuk sangka dan terpengaruh dengan seseorang yang mengumpat , mendedahkan aib seseorang dan membuat fitnah.....Dan latihlah hati kita supaya sentiasa dapat dijauh daripada buruk sangka dan hasad dengki kerana jika hati kita masih kotor dengan sifat-sifat mazmumah ianya menyukarkan kita untuk menjadi calon ahli syurga. ...Wallahualam....
Sayang semua kerana ALLAH,
AISHAH
Sayang semua kerana Allah.
ReplyDelete