Thursday, July 19, 2012

Taubat Seorang Hamba...Kita bagaimana?




Wahai Tuhan... Jauh sudah lelah kaki melangkah... Aku hilang tanpa arah, rindu hati sinar-Mu... Wahai Tuhan aku lemah, hina berlumur noda... Hapuskanlah, terangilah jiwa di hitam jalanku... Ampunkanlah aku, terimalah taubatku... Sesungguhnya ENGKAU sang Maha pengampun dosa... Ya Rabbi izinkanlah aku kembali pada-Mu... Meski mungkin takkan sempurna aku sebagai hamba-Mu... Ampunkanlah aku, terimalah taubatku...Sesungguhnya ENGKAU sang Maha pengampun dosa... Berikanlah aku kesempatan waktu, aku ingin kembali, kembali pada-Mu... Dan meski tak layak sujud pada-Mu, sungguh tak layak aku... Ampunkanlah aku, terimalah taubatku... Sesungguhnya ENGKAU sang Maha pengampun dosa...-TAUBAT by OPICK


Dia sentiasa berusaha menjadi yang terbaik... Namun, tanpa izin-Nya siapalah dia untuk menjadi sempurna.... Dan tiada pemilik jiwa yang bisa sempurna.... Kerana jika semuanya sempurna, di manakah letaknya sebuah ujian kehidupan? Ujian yang selayaknya menjadi tarbiah diri setiap insan... Jadi, dia juga diuji dengan pelbagai macam dugaan... Dugaan yang dirasakan tak tertanggung olehnya.... Namun, Allah jua yang lebih mengetahui.... Ujian yang terkadang bermula dengan khilaf sendiri tanpa disedari... Dia pernah merasa bangga akan dunia yang sementara... Tapi bagaimanakah bila semuanya hilang dan pergi meninggalkan dia?? Bagaimanakah jika waktu terhenti tanpa dia sedari, adakah masih ada jalan untuk dia kembali memulakan masa lalu?? Itulah dunia yang dipenuhi dengan hiasan semata... Dia sedang merasa sakit... Sakit yang teramat....Sakit yang tiada siapa bisa mengubatinya.... Hanya satu ubat penyembuh kepada rasa sakit dan sengsara itu.... KETENANGAN DALAM IMAN DAN TAQWA... Ketika semua insan sedang lena beradu, dia sukar melelapkan mata walaupun dipaksa... Merenung jauh hakikat kehidupan yang penuh pancaroba... Hidup ini merupakan satu perhitungan besar baginya... Bagi dia, hidup ini ibarat cebisan mainan puzzle... Setiap cebisan puzzle itulah warna-warni kehidupan... Di dalamnya ada pahit manis serta hitam putih keadaan yang mencoret dan melengkapkan sebuah perjalanan hidup... Perjalanan yang jauh, penuh berliku... Terasa hinanya diri dia di sisi Tuhan Ar-Rahman... Terasa diri sudah jauh dengan Allah... Mengenang dosa dan khilaf silam yang akan terus menghantui diri... Ya Allah, siapalah dia di sisi-Mu... Diri yang hina dan kotor mohon dibersih...Termanggu sendirian, dia tiba-tiba mengatur langkah, menyucikan diri dengan wuduk... Sejuknya air membasahi anggota wuduknya, namun di situ dia merasa kedamaian... Ketenangan singgah di sanubarinya... Tikar sejadah dihampar dalam samar-samar cahaya purnama yang bersinar melalui jendela kamar beradu... Dalam solat itulah diambil masa yang lama, bersujud kepada Allah, sambil bertemankan air mata keinsafan... Air mata penyesalan... Satu persatu resah jiwa diluahkan... Memohon keampunan daripada Ilahi... Dia mengadu dalam sendu... Bersujud dalam tangisan yang tidak berkesudahan... Betapa jiwa si dia yang mengharapkan belas ihsan supaya Allah memberi keampunan... Sebak di dada tak tertahan lagi... Dia bangkit daripada sujud yang panjang... Dicubanya mencari kekuatan untuk terus mengadu kepada Tuhan... Kedua tangan ditadah dengan penuh rasa bersyukur... Alhamdulillah, dia masih dipanjangkan usianya oleh Maha Esa... Betapa kasihnya Allah kepada hamba yang lemah itu, dilamar hati si dia untuk mencari jalan kebenaran... Doa dipohon seikhlas hati, dan air mata masih setia menemani dia di malam yang sunyi itu... Dia sedar, dia hanya insan biasa yang sentiasa berharap dikuatkan Iman... Kepada Allah diharap sepenuh pergantungan... Dipohon kepada Allah agar sentiasa melindungi jiwanya...Sentiasa menjaga langkahnya menghadapi godaan syaitan... Usai berdoa, diraut tangannya ke muka... Ibarat hilang satu bebanan yang ditahan selama ini selepas mengadu segalanya kepada Ar-Rahman... Akhirnya, dia terlena dalam ketenangan di atas hamparan sejadah... Ketenangan dalam pengharapan agar diberi rahmat keampunan Tuhan...


Dia tahu penghijrahannya itu mungkin akan disambut dengan sindiran dan kutukan sesama insan... Namun dia percaya, hamba Allah yang pernah melakukan dosa mampu membina masa depan yang baik... Terkadang pernah jua dia merasa letih dan hilang semangat...Namun dia percaya Allah lebih tahu yang dia sedang berusaha sedaya upaya... Hari-hari yang mendatang baginya, dia takkan pernah letih memohon keampunan Allah...Akan terus dia mengetuk pintu itu... Pintu Tuhan yang Satu... Mengadu tentang dunia yang sedang letih... Walaupun tangannya penuh dengan debu dosa dunia, akan dia terus mengetuk pintu itu... Walaupun dosanya penuh memenuhi ruang angkasa, tanpa jemu akan diketuk pintu itu...Di setiap penjuru waktu, akan dia terus ketuk pintu itu.... Kerana dia tahu, Allah tidak akan pernah menghalang tetamu yang datang bertamu dan menangis.... Selagi dipinjamkan nyawa ini, dia akan terus berdoa agar dirinya tidak disisih Ilahi... Kerana dia tahu Allah itu maha mendengar, maha pengampun.... Hanya keampunan Allah yang akan meliputi segala yang ada di dunia...Kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN, akan terus dia ketuk pintu itu yakni PINTU TAUBAT....
Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosanya, dosa kedua ibu bapanya, dosa guru-gurunya, dosa sesiapa sahaja yang bersamanya... ENGKAU permudahkanlah urusan dia dunia dan akhirat... ENGKAU perbetulkanlah niat dia di atas segala apa yang dia lakukan... ENGKAU teguhkanlah iman dalam dirinya, tingkatkan taqwanya kepada-Mu Ya Allah... Sungguh, dia sangat takut... Takut kepada seksaan azab neraka-Mu... Kurniakanlah kepada dia syurga-Mu yang kekal abadi... ENGKAU golongkanlah dia dalam kalangan mereka yang soleh dan solehah... Janganlah ENGKAU tempatkan dia bersama golongan hamba-Mu yang rugi seperti umat terdahulu... Dia mohon, janganlah ENGKAU alpakan dia, laghakan dia dengan perkara yang terlarang oleh-Mu... Ya Rahim, dia hamba-Mu yang sentiasa melakukan khilaf, sentiasa berbuat dosa tanpa memikirkan balasan-Mu... Dia insan yang sangat hina di sisi-Mu... Dia sujud penuh hina kepada-Mu Ya Allah... Dia percaya dia beriman kepada-Mu, dia mengakui ENGKAU lah pemerintah langit dan bumi... Maka oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa nya Ya Allah... Ameen...




DIA ITU IALAH KITA!!!! Kita yang pernah berbuat dosa... Tidak kiralah dosa dengan Tuhan mahu pun sesama insan... Kita yang mungkin bukan sesiapa di dunia, namun kita ialah hamba-Nya... Kita yang tak pernah sekalipun ALLAH abaikan... Jadilah seperti dia yang berhijrah mencari kebenaran... Jadilah dia yang sentiasa yakin hidupnya bertemankan Tuhan Ar-Rahman... Jadilah seperti dia yang sedang berada di atas landasan iman... Jadilah dia yang bahagia dengan rahmat Tuhan... Biarlah kita sakit dengan keadaan sekeliling yang penuh cerita duka dan sandiwara... Biarlah apa orang nak kata tentang kita, jadikan Allah tempat bersandar harapan... Biarlah orang nak menghakimi kita tapi tiada Hakim yang lebih layak melainkan Allah...Biarlah kita hilang sesuatu itu kerana Allah, tapi janganlah kita hilang Allah kerana sesuatu.... Wahai insan, ingatlah maksiat dan kejahatan yang membawa kepada pintu taubat adalah lebih baik daripada amal kebaikan yang menimbulkan riak dan bangga diri... Jadilah dia yang kuat itu!!!! Jom, mulakan perubahan...Berubah itu mungkin sesuatu yang mudah, tapi Istiqomah itu yang payah... Namun tiada yang mustahil jika Allah sentiasa bersama kita!!! Yakinlah, taubat dan keampuanan daripada Allah akan menjanjikan kita keindahan abadi pada akhirnya...

-SAR-

2 comments:

  1. Assalamualaikum :)

    Adah suka baca entry ini .

    Adah ada amik sekeping gambar dari blog awak ni .

    Mohon diizinkan :)

    Jemput singgah blog adah

    nurulsyuhadahariadi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Entri ini sangat benar.. sesungguhnya dosa-dosa & kekhilafan silam itu mampu membuatkan malam-malam itu menjadi saksi mata yang tidak lena menyesali segalanya. Benar, dosa-dosa dan kekhilafan itu sangat menyakitkan. Hanya satu yang dipinta, semoga dia benar-benar dapat kembali kepada Tuhannya dalam erti kembali yang hakiki.
    Terima kasih atas perkongsian. =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers