Wednesday, December 7, 2011

Jadilah Wanita yang Paling Bahagia


Setiap kali kita menikmati suasana pagi,ingatlah bahawa suasana pagi yang sama juga telah dilalui semua orang yang sedang berdepan dengan pelbagai masalah dan kesusahan....Tetapi kita bertuah kerana sedang berbahagia,sedangkan ada jiwa-jiwa yang sedang kelaparan dan kita bersenang-lenang dengan kekenyangan....Kita merasakan kegembiraan sedangkan ada insan di luar sana yang sedang ditimpa musibah dan kematian....Saat kita masih mampu hidup selesa....Alangkah banyaknya air mata yang membasahi pipi seorang wanita, alangkah banyaknya derita di hati seorang ibu dan berapa kuat jeritan di kerongkong si kecil....Sementara kita masih dapat ketawa gembira....Oleh itu,pujilah ALLAH atas kelembutan penjagaan dan kemuliaan yang diberikan oleh-NYA kepada kita...Duduk dan fikirkan sejenak tentang perilaku diri kita sebagai wanita selama ini...Gunakanlah sebanyak mana nombor dan hitunglah alangkah banyaknya harta yang kita miliki...Kenikmatan,kemuliaan,kecantikan,kesihatan....Terlalu banyak nikmat ALLAH buat kita...Kerana itu,bersyukurlah kita dan berbuat baiklah sesama manusia....Dari seluruh umur kita,yang dikira hanyalah umur yang membahagiakan,melapangkan,mententeramkan dan bersedia menerima apa sahaja yang ditentukan ALLAH buat kita....Tapi,sifat rakus,tamak,sombong bukanlah kehidupan kita yang sebenar...Tapi itu adalah nafsu yang tak mampu dikawal dek kita...Kerana itu,sebagai seorang wanita berusahalah mencari redha ALLAH....Menerima segala ketentuan-NYA dan tak bimbang menghadapi masa akan datang...


Jadilah kita seperti rama-rama yang ringan,indah dipandang,sedikit bergantung kepada orang lain,terbang bebas dari satu taman ke taman yang lain...Pendek kata,hidup rama-rama sentiasa berpusing dari yang baik kepada yang baik juga....Kalau tak,jadilah seperti lebah yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik juga...Mengeluarkan madu yang manis,terbang dengan rasa cinta dan hinggap di tali kasih...Wanita,tetapkaan cita-cita kita setinggi mungkin....Sebagai sahabat,saya sentiasa mendoakan moga kita sama-sama menjadi yang terbaik secara berterusan...Pada masa yang sama,berhati-hatilah dengan kehidupan,jangn tercampak ke dalam kehinaan....Ingatlah peluang dan kesempatan itu kadang-kadang hanya datang seminit dua sahaja....Justeru,jadilah seperti semut dalam kesungguhan,ketekunan dan kesabaran....Cuba dan terus mencuba....


Bertaubatlah jika kita pernah melakukan dosa,dan kembalilah kita kepada pintu taubat...Paling penting sekarang ialah kita tak merasa gagal dan putus asa...sebab sejarah kehidupan tidak pernah mengenal kata akhir dan akal kita tak pernah mengenal kata selesai...Jadi,jangan bersedih...Dan jauhilah apa sahaja yang boleh membuat kita tidak gembira...Melangkahlah lebih dekat ke dalam rumah iman,nescaya akan beroleh ketenangan....Rela dan akurlah dengan ALLAH,dan terima apa sahaja yang ditetapkan oleh-NYA buat kita...Bermula saat ini,jalanilah hidup kita dengan bahagia dan lebih indah...Hidup kita ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan kesedihan....
SELAMAT MENJADI WANITA PALING BAHAGIA.....


-SAR-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers