Saturday, May 17, 2014

Rindu....



Sebulan lebih telah berlalu...Begitu pantas masa meninggalkan detik dan kenangan...Ya, yang berlalu tetap berlalu...Tetapi kerana segala keindahan yang telah berlalu itulah, takkan mungkin aku lupakan dia...Sampai bila-bila...Saat malam menghampiri, aku semakin sepi... Hanya aku yang sedar, betapa kelam dan suram hari-hari yang aku jalani di sini...Tika insan lain lena beradu dalam dakapan malam, aku tetap begini...Melelapkan mata cuba menahan kerinduan...Penuh penipuan aku dalam senyuman...Sarat kepura-puraan aku dalam keriangan... Banyak lakonan yang aku pertontonkan...Semuanya mungkin untuk menutup kesedihan... Ya Allah, pahitnya sakit yang perlu aku telan...RINDU....Satu kata yang hanya mampu aku zahirkan...Tapi, apa dayaku sebagai insan? Yang dirindu jauh dari pandangan...Dia tidak lagi bisa berada dalam dakapan...Tiada daya upaya untuk aku menahan...Jika air mata mampu melegakan, aku rela ia menjadi teman sepanjang perjalanan...Merenung jauh ke langit, luasnya bumi dilimpahi kepekatan malam...Seluas itu juga doa yang aku sedaya hamparkan kepada Ya Rahman...Lebih dari itu...
Ya Rahman, ENGKAU maha pengasih...Bukan aku menidakkan ketentuan...Pemergiannya telah lama aku redhakan...Semua ini kehendak-MU yang maha mengetahui...Tulisan ini sekadar melepas perasaan sebagai teman...
AMIRA HUSNA...
Sahabat, kau yang kukenali adalah insan yang sangat baik...
Yang sangat indah peribadinya...
Rindunya aku pada senyumanmu..
Rindunya aku pada keikhlasan hatimu...
Rindunya aku pada keindahan akhlakmu...
Sahabatku sayang, damailah dikau di sana...
Kelak aku jua kan menyusul bertemu Yang Esa...
Moga pertemuan kita yang singkat di dunia ini, menjadi asbab untuk kita bertemu di Syurga Abadi...
Tak mampu lagi aku meneruskan tulisan pilu ini...Bimbang lagi banyak hati yang terasa sepi...Cukuplah di sini..Moga masih ada kesempatan dan kekuatan untukku coretkan satu cerita cinta indah tentangmu di sini...Ya Allah, tempatkan dia dalam kalangan orang-orang yang beriman...Jauhkan dia daripada azab kubur...Lapangkan dan terangi kuburnya...Jadikan dia bidadari syurga...
Al-Fatihah.

-SAR-

Monday, April 29, 2013

♥ LELAKI ITU ♥






Usia semakin menginjak, berlabuh ke tirai senja.
Lelaki itu, aku tak tahu siapa.
Tapi hati yakin, satu hari akan ku bicara tentang dia.
Bicara aku tentangnya setulus jiwa.
Sekarang belum lagi masanya.
Kerana lelaki itu sedang berusaha.
Aku juga begitu.
Fitrah manusia, memang damba cinta.
Jangan tipu! Kau kata kau tak perlu cinta.
Kalau bukan cinta manusia,
sekurang-kurangnya cinta Allah nak kena ada.
Masa itu belum tiba.
Jangan mengeluh sang jiwa.
Yakin dengan janji DIA.
Yang penting kau jadi manusia.
Berhenti jadi pendosa,
Meski kau takkan sempurna.
Yang dah berpunya,
Janganlah kau persia apa kau ada.
Kau bahagia, simpanlah antara kau dan dia.
Berhenti terlalu menjaja gembira,
Cukuplah sekadar besederhana.
Meski itu hak kau dan dia,
Mungkin kau kata aku cemburu mata,
Aku cuma bimbang ada yang terluka.
Kerana nasib semua orang tak sama.
Hadirkanlah sekelumit rasa,
Hidup kau dinilai oleh banyak mata.
Kalau itu kau suka tak mengapa.
Lelaki itu Allah hadirkan bukan suka-suka.
Tapi bila tahu kau dah bersedia.
Sekarang terus sahaja hidup bahagia.
Jangan dipersoal siapa dia.
Cinta Allah bukan untuk dipersenda.
Dahulukan perkara yang lebih utama,
InsyaAllah, lelaki itu kan hadir.
Pimpin kau ke jalan syurga.
Bersama cari Tuhan bukan untuk dunia semata,
Tapi untuk akhirat yang selamanya.
 

SAR
0010 am, 17/04/13

Berbeza fikrah, fitrah tetap sama!



Aku bukan fahaman yang begitu, atau fahaman yang begini.
Tapi yang aku ikut cuma satu. Iaitu ISLAM.
Mungkin aku membuta tuli berkata itu ini,
Tapi aku punya hak berkata atas apa yang dilihat mata.
Kerana aku letih melihat perpecahan mula timbul,
Bersengketa kau dan dia hanya kerana dua nama berbeza.
Sedar tak kau dan dia satu agama yang sama??
Ya, memang kau dan dia dua nama berbeza,
Aku nampak itu. JELAS.
Aku pesan, jadi lah macam orang yang di dada ada Agama.
Kerana dua kau dan dia yang berbeza itu,
Hakikatnya FITRAH kau dia tetap sama.
Bukalah mata dan minda,
Bukan minta dua nama bergabung, tapi cukup sekadar tetap berhubung.
Kau kata kau Islam, dia pun Islam juga.
Habis, kenapa dibawa sifat diri yang sombong?
Hei manusia, sedarlah!
Memang kau dan dia hidup tak sebumbung,
Tapi ingat di bumi dan langit mana kau dan dia bernaung?
Setia mana pun kau dan dia dengan apa yang disanjung,
Hidup kau dan dia sia-sia kerana tak bersatu di bawah nama Tuhan Maha Agung.
Nak marah aku yang berkata?
Memang aku nak kau dan dia terasa!
Nak maki aku yang kau ibaratkan cetek Agama?
Kalau cetek Agama, sekurang-kurangnya aku berusaha.
Kerana aku percaya, kau dan dia tinggi ilmu Agama tapi tak pandai nak guna.

SAR,
0025 am, 12/04/13

Thursday, December 20, 2012

HUSNUZON vs SUUZON


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.... Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....
HUSNUZON... Berbicara tentang husnuzon, inilah yang saya cuba tanamkan dalam diri saban hari... Sungguh, bukan mudah menyemai benih husnuzon dalam diri nie... Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Saya memetik kata-kata Saidina Umar bin Al‐Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar
daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu
masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

 
Fitrah manusia, selalu sangat nak menghukum orang kan??  Tipulah kalau saya kata, saya sentiasa berhusnuzon tika apapun yang melanda.... Sekuat mana saya berhusnuzon, mesti terdetik dalam hati, terfikir akan perkara sebaliknya...Ada je yang nak bersangka buruk (SUUZON).

Contohnya.....
Pergi surau mana-mana,singgah nak solat...Tengok-tengok telekung tiada...Kalau ada pun dua atau tiga pasang je...
Lepas tue terus cakap,

“Apa la surau nie, telekung pun takde ke? Macam mana orang datang nak solat?”

Haa...dalam surau pun boleh cakap maca tue kan?? Apa lah salahnya tanamkan husnuzon tue dalam diri...

“Owh...Ada orang yang basuh telekung yang ada kat surau nie,patut tinggal sikit je”

*P/s :The moral is, pakai lah pakaian harian yang boleh dibawa solat...Kalau pakai yang kita pakai tue boleh dipakai untuk solat,bermakna kita dah menutup aurat dengan sempurna!!

Bila seseorang dipilih mewakili sesebuah organisasi ke mana-mana misalnya, sedangkan dia tak pernah jadi wakil apa-apa program pun....Laju je nak menghukum...

“Ehhhh...Kenapa dia dipilih?Dia bukan bagus sangat pun”
“La, dia ke yang jadi wakil? Dia boleh ke handle?

Haa...mesti terdetik dalam hati nak cakap macam tue kan??Macam kita nie bagus sangat je...
Kenapa bila berhadapan dengan situasi macam nie, kita tak cakap macam nie...

“Oh, bagus juga dia dipilih...Sekurang-kurangnya boleh bagi peluang kepada dia, mengcungkil bakat terpendam yang dia ada”



 
See?? Bukan senang nak tanamkan sifat husnuzon nie kan?? Sehebat manapun kita nak berbaik sangka pada orang, nanti ada je encik syaitan durjana tue berbisik macam-macam yang tak elok...Elok-elok kita nak husnuzon, terus berburuk sangka jadinya..

TETAPI, boleh ke nak berhusnuzon dengan perkara yang DUSTA??

Contohnya, terjumpa pasangan couple berpelukan di khalayak ramai... Terus je nak buat kesimpulan sendiri...

“Ishhh...Segan lah sikit dengan orang ramai yang lalu-lalang”
“Amboi, macam dia sorang yang bercinta”

Kemudian kita cuba untuk berhusnuzon.....

“Ohhh, mereka dah kahwin tue...Patutla romantik sangat,pengantin baru rupanya”

Kalau kita melihat orang yang melakukan dosa atau kemaksiatan,lalu kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut.... Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak
meredhai). Dan itu adalah selemah‐lemah Iman". (Diriwayatkan oleh Imam Muslim).

Jelas di sini, bahawa Islam melarang umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah....

Contohnya kita melihat orang Islam di dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor.... Tetapi kita berbaik sangka kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakanbahawa   

“itu jalan rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan”.... 

Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan.... Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua‐dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati (tidak redha dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah‐lemah iman...
Jadi, macam situasi yang saya sebutkan tadi bila jumpa pasangan couple berpelukan, kalau rasa mereka memang belum kahwin...Kalau tak mampu menegur, cegahlah dengah hati yakni TIDAK MEREDHAI dan MARAH akan perlakuan tersebut....

“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan
serta hati, semua anggota‐anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat)
tentang apa Yang dilakukannya.” (Al‐Isra : 36)

 
Allah,Allah,Allah...Cuba ingat balik...Pernah tak kita  ber suuzon dengan orang lain?? Sedihnya rasa, hati nie senang je nak judge orang...Sedangkan kita pun tak tahu kita nie macam mana pada pandangan orang...Kan??
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan....Betul lah kan, kalau orang beriman mana mungkin dia berburuk sangka dengan orang lain....Tapi kita?? Ampunkan kami Ya Allah...

Akan tetapi, ketahuilah oleh kita bahawa di dalam Islam, terdapat buruk sangka yang harus...
Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara.... Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumahan pada waktu malam.... Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga‐jaga dari berlakunya musibah‐musibah yang tak diingini...Perbuatan buruk sangka seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita....Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak‐anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja....
Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut....Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.....Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan buruk sangka tersebut kita mengupah orang untuk menebang  pokok tersebut untuk menjaga keselamatan rumah dan nyawa keluarga kita....Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan....Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa
mengorbankan pihak‐pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak...

“Wahai orang‐orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari‐cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan‐larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al‐Hujurat : 12)

Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati.....Maka jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia amat merugikan diri kita... Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.




Rasulullah SAW menyatakan ramai ahli syurga adalah terdiri daripada orang miskin yang bersyukur dan hati yang mereka bersih daripada hasad dengki, iri hati dan buruk sangka..
Ramai ahli neraka adalah wanita kerana wanita tidak bersyukur kepada nikmat rezeki daripada suaminya dan sentiasa suka mengumpat, mengadu domba dan berhasad dengki dan buruk sangka....
 
Oleh itu kita perlu berhati-hati supaya amal soleh dan kebaikan kita tidak terhapus disebabkan kita sentaiasa berburuk sangka dan terpengaruh dengan seseorang yang mengumpat , mendedahkan aib seseorang dan membuat fitnah.....Dan latihlah hati kita supaya sentiasa dapat dijauh daripada buruk sangka dan hasad dengki kerana jika hati kita masih kotor dengan sifat-sifat mazmumah ianya menyukarkan kita untuk menjadi calon ahli syurga. ...Wallahualam....

Sayang semua kerana ALLAH,
AISHAH


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers