Sunday, October 30, 2011

Apabila ALLAH mencintaiku.......


Ku rasa kehilangan...
Tak tahu bagaimana ingin menggapaimu...
Tak tahu bilakah akan menemuimu lagi...
Ku rasa kekurangan...
Tanpamu terasa sepi dan kosong...
Tanpamu terasa hidup ini tidak beerti...
Ku rasa kejauhan...
Jauh dari nikmat pabila bersamamu...
Jauh dari ketenangan denganmu...
Ku mahukanmu...
Mahukan keindahan denganmu...
Mahukan kebahagiaan memilikiku selalu...
Ku yang merinduimu...
Ya...Kamu...Kamu IMAN ku...


Ya Allah...terasa mahu rebah...kerana aku telah tersungkur dalam ujian ini...Rapuhnya jiwa aku,lemahnya imanku...Namun aku percaya,kegagalan dan kesilapanku ini punya hikmah tersendiri...Supaya aku sedar bahawa aku hanya insan yang hina di sisi Tuhanku...Supaya aku sedar bahawa Allah masih sayangkan aku,dan ingin menjauhkanku daripada kesilapan yang lalu...Mengenang kekhilafan kelmarin,membuatkan air mata ini gugur ke bumi...Air mata keinsafan dan kesesalanku...Ampunkan dosaku Ya Allah...Peliharalah dan kuatkanlah Imanku...Sungguh tak tertanggung gelora di jiwaku saat ini...Jiwaku sakit,pedih yang teramat..Saat ku sedar akan kekhilafan ini,betapa kecewanya aku...Dadaku terasa sempit...Bagaikan hati yang ditoreh-toreh,harapan terhempas berderai seperti kaca...Dunia tersa gelap...Lebih parah,apabila aku berharap supaya tiada hari esok kerana ketakutan menghadapi pagi seterusnya....Alhamdulillah,aku bersyukur kepadaMU Ya Tuhanku...Kerana ENGKAU menghadiahkan aku satu JIWA yang telah menyedarkan aku tentang khilafku...JIWA itulah kekuatanku...Sungguh aku takut kehilangan JIWAKU yang satu itu...Daripada JIWA itulah aku kumpul kekuatanku untuk menebus dosa semalam...Daripada JIWA itu jugalah,menyebabkan aku semakin mencintai Tuhanku Ar-Rahman...JIWA itu membuka mata hatiku bahawa cinta Allah tidak memilih sesiapa...Allah tidak pernah memilih cinta manusia yang cantik dan kacak paras rupa...Cinta Allah juga tidak memilih miskin atu kaya...Siapa pun manusia itu,kasih sayang Allah tak pernah berkurang...Segala nikmat dan rezeki masih lagi terus-menerus diberikan meskipun maksiat yang menjadi pilihan...Sebagaimana hakikat percintaan sesama insan,cinta Allah hakikatnya penuh ranjau dan duri...Untuk mencintai Allah,aku akan terus diuji...Aku tidak ingin menjadi insan yang mengaku Islam dan cintakan Allah sekadar di lidahku...Jika aku asyik memikirkan cinta manusia,bagaimana aku hendak memikirkan cinta Allah yang tidak berpenghujung ini?Ya Allah,aku bersyukur dengan ujian ini...Aku bersyukur dengan kegagalanku ini...Semakin aku diuji dengan ujianMu,semakin aku merasai kemanisan dalam mencintaimu di samping ketenangan yang tidak berkesudahan...

Buat JIWAKU...Inilah masa untuk kita perbaharui hidup kita...Sekalipun seluruh dunia tidak percaya kita mampu memperbaharui hidup,tidak mengapa...Aku percaya pada diri ku bahawa aku pasti mampu untuk itu...Sesungguhnya tiada yang lebih indah daripada mendapat redha Ilahi...Seindah apapun sesuatu itu dalam pandangan kita,tanpa redha Allah ia tetap sia-sia...JIWAKU yang ku kasihi,Allah sayangkan kita!Tinggal kita nak sayang diri kita atau tidak...Peganglah hatiku ini,dalam mendidik diriku ke landasan iman...Terima kasih JIWA itu kerana menjadi kekuatanku dalam meningkatkan Imanku...

Ya Allah....aku bermohon kepadaMu...
KAU ampunkanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku, dosa para pendidikku,dosa insan-insan yang aku kasihi,dosa muslimin muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepadaMU..
Ya Rahman...Aku mohon KAU permudahkanlah urusanku dunia dan akhirat...KAU PERBETULKANLAH NIATKU DI ATAS SEGALA YANG AKU KERJAKAN...
KAU teguhkanlah Imanku dan janganlah KAU sesekali meruntuhkan imanku...KAU kuatkanlah imanku,tingkatkanlah taqwaku kepadaMU....sesungguhnya aku takut...aku takut kepada seksaan nerakaMU...kurniakanlah aku syurgaMU yg kekal abadi...syurgaMU yg indah...kau golongkanlah aku dalam golongan yg solehah...jangan KAU tempatkan aku dalam golongan yang rugi seperti golongan sebelum ini...aku mohon,jgn KAU sesekali alpakan aku dengan perkara yg KAU larang...
Sesungguhnya aku sentiasa melakukan khilaf dan dosa tanpa mengingatiMu...Aku percaya aku beriman kepadaMu...aku mengaku ENGKAU lah yg memerintah langit dan bumi...sekali lagi aku bermohon Ya Allah,ampunkah dosa ku..ampunkan dosaku...moga dengan ampunMu,moga dengan keampunanMU...aku boleh mengecapi syurgaMU yg kekal abadi...aku boleh mengerjakan setiap kerja ku hanya keranaMU...sesungguhnya aku ini insan yang amat hina di sisiMU...dari itu aku pinta pertolonganMU setiap masa,dan setiap pergerakan yg aku lakukan...dalam aku menempuh hidup di dunia yg fana ini....aku mohon sujud hina di depanMU...KERANA ENGKAULAH TUHAN YANG AKU SEMBAH...

hamba ALLAH,
-SAR-

Wednesday, October 26, 2011

Ketenangan itu Kini Bersamaku....

Hidup di dunia ini ibarat sebuah PERJALANAN yang terlalu PANJANG dan terlalu banyak PERHENTIAN SEMENTARA sehinggakan kadangkala terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana..✿


Hidup ini terlalu indah buat jiwa yang memahami...Tapi perjalanan hidup ini memang tak semudah yang kita fikirkan...Syurga itu jauh lebih indah jika dibandingkan dengan dunia ini...Kerana indahnya syurga itulah,kita sebagai manusia terpaksa melalui hidup yang kadang-kala pahit di bumi TUHAN...Dalam persediaan menuju akhirat yang kekal abadi...Tulisan saya kali ini,sekadar renungan buat diri saya dalam usaha memahami hakikat hidup yang sebenar...Menginjak usia 20 tahun membuatkan saya lebih matang dalam setiap perkara...Dan saya yakin,inilah satu fasa yang sedang saya lalui...Fasa perubahan ke arah yang lebih baik...Moga perjalanan baru ini membawa saya ke destinasi keimanan yang diharapkan...Mendapat tempat di universiti merupakan ketentuan yang telah ditetapkan buat saya...Saya percaya,setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...Sama ada lambat atau cepat sahaja untuk kita menyedari hikmah itu...Dan takdir yang menentukan saya menjadi seorang mahasiswi juga punya hikmah yang tersirat...Alhamdulillah,jiwa saya tenang di sini...Dan hati saya cuba sentiasa istiqamah dalam setiap tindakan yang diambil...Di bumi UNIMAS ini juga,membuatkan saya banyak berfikir...Berfikir melalui pemerhatian saya terhadap keadaan sekeliling...Dikelilingi dengan pelbagai macam ragam manusia yang bisa buat saya tersenyum dan menangis...Dan takdir untuk berada di universiti ini lah yang membuatkan saya lebih dekat dengan ALLAH...itulah hikmah yang saya rasakan saat ini...


Ingin saya kongsikan bersama tentang apa yang saya lihat dan alami di sini...Dalam perjalanan menuju ke kuliah,berpusu-pusu pelajar yang lalu-lalang...Pelbagai gelagat yang dapat sapat lihat...pelbagai kumpulan masyarakat yang boleh dikelaskan...Dan daripada situlah dapat saya lihat jiwa-jiwa yang semakin rapuh...Namun masih ramai remaja yang bisa mempertahankan benteng Iman dalam diri...Mungkin satu masa dulu,saya juga punya jiwa rapuh sebegini...Pada masa itu,apa yang difikirkan hanya keseronokan dan kepuasan dunia... Hrmmm...Jiwa tewas dengan keinginan terhadap dunia...Benar,tiada manusia yang sempurna...Air mata ini mengalir laju tatkala saya bersujud kepada TUHAN yang Satu...Terbit satu rasa di hati...Betapa kerdil dan hinanya saya di sisi ALLAH...Ya Rahman,ENGKAU ampunkanlah dosa-dosaku...ENGKAU jadikanlah aku hamba-MU yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan-MU yang tidak ternilai...

Syukur kepadamu YA RABBI,kerana ENGKAU telah berikan aku petunjuk dan hidayah-MU...Saya bahagia dengan penampilan dan kehidupan baru saya ini...Moga saya akan terus kekal begini,malah lebih baik lagi selepas ini....Satu hakikat hidup berjaya saya fahami...Saya bahagia menjadi diri yang baru...Tidak dipandang dan tidak memandang...Alhamdulillah,ALLAH terlalu sayangkan saya...Kerana itu DIA memilih saya untuk melalui perubahan ini....Inilah yang dinamakan hikmah...Buat teman yang membaca tulisan saya ini....sekadar mengingatkan kalian...Apabila kita masih diberi untuk mengumpul sebanyak mungkin amalan kebaikan di dunia, masih diberi peluang untuk belajar ilmu-ilmunya, maka belajarlah dan kejarlah pintu-pintu kebaikan itu sebelum terlambat...Jangan terlalu bangga dengan kebahagian dunia hari ini jika tidak berkiblatkan ISLAM sebagai agamamu...Jangan terlalu menangisi kegagalan yang pernah berlaku dalam kamus hidupmu jika tidak pernah mohon pertolongan ALLAH...tapi risaulah untuk hari esok kerana belum tentu kita dapat membukakan mata melihat dunia..ketahuilah bahawa malaikat maut sentiasa menjenguk kita...melihat apa yang sedang anak Adam lakukan...Persoalkanlah kepada diri kita,apakah masih ada hari esok untuk kita?Apakah kita masih punya ruang dan peluang untuk berubah kepada yang lebih baik?Percayalah teman,pintu taubat sentiasa terbuka buat kita...ALLAH sentiasa menanti kita untuk mengetuk pintu taubat dan keampunan-NYA...Ingin sekali saya berikan rasa hati ini kepada teman-teman seperjuangan...Betapa indahnya nikmat Hidayah dan redha ALLAH itu...Inilah bahagia yang saya cari selama ini...Moga CINTAKU kepada ALLAH kekal abadi...Dan saya bisa menjalani hidup ini dengan senyuman,sambil merasa nikmat kemanisan Iman...InsyaALLAH....


+*+SAR+*+

Monday, October 24, 2011

+*+ DIA Dunia dan Akhiratku +*+

Ibu mengertilah aku sengsara...lemas berendam air mata...
Rendang kasihmu dalam gelora jadi rebutan selamanya....
Berikanlah pengertian waktu ku di hujung jalan...
Berbicara bahasa Tuhan yang penuh penyesalan...
Manapun aku berlabuh pastinya untuk disanjung...
Biarlah tak bersungguh,biarlah tak bertangguh di telapak kakimu...
Sakit kurasakan jadi peneman
Rasa semalam yang silam...



Dia kurnia daripada ALLAH...yang telah melahirkan dan menyayangiku...Tiada lagi yang mampu ku ucap sayangnya aku kepada dia...Wajahnya yg membahagiakan...senyumannya menghiburkan selalu...Tiada lain didunia..kerana Dialah Emakku...Dia menghapuskan duka laraku...kasihnya dan sayangnya menyirami hidupku...Emak,sesungguhnya Dikau wanita istimewa...tiada tandingan antara yang lain...saat ini,betapa aku rindukan Dia...Demi ALLAH,jiwa ku merintih...menangis...merindukan seorang wanita istimewa dalam hidupku...satu persatu kenangan dan pengorbanannya terlakar dalam kamar ingatan...Betapa besarnya pengorbanannya dalam hidupku...kehilangan suami tersayang,membuatkan dia tabah mengharungi hidupnya...demi permata hati yang ditinggalkan lelaki istimewa sepanjang hayatnya...tidak dapat kutafsirkan perasaannya...suami tercinta menghadap Ilahi kerana barah usus...kuatkah dia membesarkan anak-anak tersayang?namun dia percaya,anak-anak adalah rezeki daripada ALLAH...rezeki dan kurniaan yang tak ternilai...naluri wanitanya kuat untuk melaui hari-hari yang mendatang...melalui pelbagai keperitan,kesusahan dalam hidupnya...namun dikuatkan hatinya...masih segar dalam kotak ingatan,dia melakukan bermacam pekerjaan demi menyara kehidupan kami...kasihnya insan bergelar ibu,sanggup berkorban jiwa dan raga...bekerja di kantin,menghantar kuih ke asrama sekolah,mencuci pinggan mangkuk di dewan makan...segala kerja dilakukan dengan seluruh kudrat,asalkan kerja yang dilakukan halal...Ya ALLAH,kuatnya semangatmu...sepenuh keringat kau gunakan,agar anak-anakmu berjaya menjadi manusia berguna...Emak,aku bersyukur menjadi anakmu...aku bangga dilahirkan dari rahimmu...dilahirkan oleh seorang insan luar biasa semangatnya...jarang sekali ku lihat dikau menitiskan air mata di depan kami adik-beradik...namun ku tahu,di balik senyuman itu..terlindung sejuta duka dan sakit...dan aku tahu,betapa dikau rindukan teman hidupmu...percayalah Emak,lelaki itu sentiasa bersamamu...semangat yang ada dalam dirimu,adalah semangat lelaki itu jua...insan itu setia bersamamu...bertuahnya dikau,memiliki cinta seorang suami sehingga saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir...pernah aku persoalkan kepada diri sendiri...mengapa ALLAH turunkan ujian sehebat ini buatmu Emak?mengapa dikau yang harus menanggungnya?Kini,aku temui jawapan itu...kerana ALLAH terlalu sayangkan dikau...kerana ALLAH lebih tahu,bahawa dikau mampu melalui keperitan ini jika dibandingkan dengan orang lain...InsyaALLAH,syurga menantimu duhai wanitaku...Ya Allah,terlalu perit gelora yang melanda jiwaku saat aku menulis luahan hati ini...indahnya hidupku jika saat ini,aku bisa berada dalam dakapannya...menghabiskan masaku bersamanya...berkongsi segala rasa hati dengannya...dan aku bisa menatap wajahnya...wajah yang kian dimamah usia...dengan garis kedut dimukanya...Emak,andai bisa aku menjadi tanganmu yang semakin lemah itu untuk melakukan kerja di rumah...andai bisa aku menjadi matamu yang semakin kabur penglihatannya untuk melihat kebahagiaan keluarga kita...andai bisa aku jadi mulut dan lidahmu untuk mengalunkan bacaan Al-Quran yang sering dikau alunkan saban hari...andai bisa ku menjadi kakimu yang makin longlai langkahnya untuk terus menapak menuju ke mana saja yang dikau ingin pergi...andai aku bisa jadi nafasmu,akan ku terus bernafas tanpa henti di atas bumi TUHAN ini...dan andai aku bisa menjadi hatimu yang makin hilang kekuatan,akan ku terus cekalkan rasa di hati itu...supaya dikau tetap tabah dan tenang menghadapi hari esok...hari esok yang menjanjikan bahagia buatmu...akanku jadi semua itu jika itu mampuku...biarpun wajahmu semakin sayu,semakin lesu...namun dikau tetap yang tercantik di duniaku..Emak,ampunkan segala dosa dan khilafku...halalkan setiap titis air susumu...halalkan setiap kasih sayang yang dikau curahkan selama nadiku berdenyut...redhakan tiap kebaikan yang aku lakukan...dan berbahagialah kerana aku menjadi permata berharga buatmu...kasih dan sayangku hanya untukmu...KERANA DIKAU ADALAH DUNIA DAN AKHIRATKU....terima kasih Ya ALLAH,kerana memberi aku nikmat memiliki seorang Emak yang bernama Pn.Hajah KHADIJAH BINTI MANAH...


sayang.selamanya
-adik-

Friday, October 21, 2011

Akan Terus Ku Ketuk Pintu Tuhanku...



Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku...
Menangis dan mengadu tentang dunia yg penuh sendu...
Di kala mata-mata sedang lesu beradu...
Aku???Aku....Ku seru nama MU di penjuru waktu yang sedang pilu...
Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku...
Sekalipun tanganku penuh debu,sedang ku tahu pintu itu seperti susu dan salju...
Kerana ku tahu Tuhanku tidak pernah menghalang tamu yang datang bertamu dan menyeru...
Sekalipun dosa memenuhi angkasa...namun keampunan NYA meliputi cahaya...
Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku tanpa jemu,tanpa malu...
Selagi aku memanggilnya DIA maha tahu...
Aku hanya seorang hamba...ada dosa,ada pahala...
Namun,DIA yang maha mendengar...
Limpahan kemaafan tiada tepian...kerana...
Kerana DIA Tuhan Ar-Rahman.....
Sedangkan aku ?aku insan yang penuh kedaifan...
Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku...
Mengadu dalam sayu dan sendu...
Merintih tentang dunia yang letih...
Jangan aku dikau sisih....dari kurniaan nikmat kasihMU...
Diri yang kotor mohon dibersih...
Terimalah...terimalah istighfar dan tasbih...
Kerana...akan ku ketuk pintu Tuhanku....







Dalam memahami hakikat hidup nie,saya menempuhnya sendiri kerana diri masih mencari rahsia hati yang belum pasti...biarpun sendiri, biarpun menyepi..saya tahu ALLAH sentiasa di sisi..menyiram semangat saya dengan redhaNya yang terus bersemi...Mengenang masa lalu,terlalu banyak khilaf yang saya lakukan sama ada dalam sedar atau tak...Tapi kasih sayang ALLAH itu terlalu agung...Sebesar mana pun kekhilafan yang hamba-NYA lakukan,ruang kemaafan masih ada...Asalkan kita sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan...Bila kita buat salah pada manusia, kita minta maaf..kita ulang balik kesalahan kita..dan kita minta maaf lagi, lama-lama orang sakit hati dengan kita..tapi bila dengan ALLAH, Kita buat salah dan kita bertaubat..kita ulang-ulang buat kesalahan, ALLAH masih terima taubat kita..betapa ALLAH SAYANG kita, kita yang selalu TERLUPA akan hakikat nie...kita masih diberi PELUANG kembali kepadaNYA dalam keadaan DIA redhakan...Kadang-kadang,saya telalu takut untuk menempuh hari esok dan seterusnya...dengan persekitaran baru saya di alam universiti nie,saya hanya mampu bermohon moga ditetapkan Iman dan hati ini...Berhadapan dengan masyarakat yang berbagai ragam dan cara,membuat saya tersenyum...tersenyum sambil memikirkan,adakah terlalu sukar untuk memahami hakikat hidup?Ya,memang sukar jika jiwa itu sudah mati...Dan saat itulah,air mata saya mengalir...kerana ALLAH membuka hati saya...melayarkan saya ke arah cintaNYA...ALLAH memberikan saya secebis keinsafan,sebagai bekalan saya sepanjang jalan dalam mencari ketenangan...saya bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang saya rasakan...indahnya Islam jika benar-benar difahami...terasa diri ini terlalu daif di depan TUHAN yang satu...masih banyak yang belum saya temukan dalam menelusuri hidup ini...saya cuba memahami ironi kehidupan...terasa jiwa ini sakit...sakit tatkala saya alpa daripada mengingati ALLAH...terkadang langkah ini bengkok mencari erti hidup...tapi KAU menjadikan saku insan yang terpilih supaya tidak terpesong daripada landasan IMAN...Ya Rahman,terlalu indah nikmat yang KAU berikan kepadaku...maka jadikanlah aku hambaMU yang sentiasa bersyukur... Kita sangka kita dah sayang seseorang itu sehabis sayang..tapi..Allah lebih kasihkan hamba-hambanya yang beriman lebih dari kasih kita kepada seseorang itu...apa yang saya harapkan,moga saya terus kuat untuk melangkah tangga taqwa ini...melangkah tanpa rebah disulami senyuman yang indah...jika rebah,jangan berubah...biar terbuang tapi terus berjuang...biar diuji,akan saya cekalkan hati...mengingati mati yang menanti...apa amalan yang akan saya bawa ke sana nanti?Tiada yang indah dalam hidup saya tika ini selain daripada redha ILAHI...Ya Rabbi,aku sujud penuh keinsafan...jangan pernah ENGKAU palingkan hati ini setelah ENGKAU beri aku hidayah...cukuplah dengan kealpaan semalam...takkan ku ulangi dosa-dosa silam...moga pelarianku kali ini kan membawa hati dan jiwa menuju cahaya cintamu yang hakiki....InsyaAllah...


Sunday, October 16, 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers