Wednesday, October 26, 2011

Ketenangan itu Kini Bersamaku....

Hidup di dunia ini ibarat sebuah PERJALANAN yang terlalu PANJANG dan terlalu banyak PERHENTIAN SEMENTARA sehinggakan kadangkala terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana..✿


Hidup ini terlalu indah buat jiwa yang memahami...Tapi perjalanan hidup ini memang tak semudah yang kita fikirkan...Syurga itu jauh lebih indah jika dibandingkan dengan dunia ini...Kerana indahnya syurga itulah,kita sebagai manusia terpaksa melalui hidup yang kadang-kala pahit di bumi TUHAN...Dalam persediaan menuju akhirat yang kekal abadi...Tulisan saya kali ini,sekadar renungan buat diri saya dalam usaha memahami hakikat hidup yang sebenar...Menginjak usia 20 tahun membuatkan saya lebih matang dalam setiap perkara...Dan saya yakin,inilah satu fasa yang sedang saya lalui...Fasa perubahan ke arah yang lebih baik...Moga perjalanan baru ini membawa saya ke destinasi keimanan yang diharapkan...Mendapat tempat di universiti merupakan ketentuan yang telah ditetapkan buat saya...Saya percaya,setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...Sama ada lambat atau cepat sahaja untuk kita menyedari hikmah itu...Dan takdir yang menentukan saya menjadi seorang mahasiswi juga punya hikmah yang tersirat...Alhamdulillah,jiwa saya tenang di sini...Dan hati saya cuba sentiasa istiqamah dalam setiap tindakan yang diambil...Di bumi UNIMAS ini juga,membuatkan saya banyak berfikir...Berfikir melalui pemerhatian saya terhadap keadaan sekeliling...Dikelilingi dengan pelbagai macam ragam manusia yang bisa buat saya tersenyum dan menangis...Dan takdir untuk berada di universiti ini lah yang membuatkan saya lebih dekat dengan ALLAH...itulah hikmah yang saya rasakan saat ini...


Ingin saya kongsikan bersama tentang apa yang saya lihat dan alami di sini...Dalam perjalanan menuju ke kuliah,berpusu-pusu pelajar yang lalu-lalang...Pelbagai gelagat yang dapat sapat lihat...pelbagai kumpulan masyarakat yang boleh dikelaskan...Dan daripada situlah dapat saya lihat jiwa-jiwa yang semakin rapuh...Namun masih ramai remaja yang bisa mempertahankan benteng Iman dalam diri...Mungkin satu masa dulu,saya juga punya jiwa rapuh sebegini...Pada masa itu,apa yang difikirkan hanya keseronokan dan kepuasan dunia... Hrmmm...Jiwa tewas dengan keinginan terhadap dunia...Benar,tiada manusia yang sempurna...Air mata ini mengalir laju tatkala saya bersujud kepada TUHAN yang Satu...Terbit satu rasa di hati...Betapa kerdil dan hinanya saya di sisi ALLAH...Ya Rahman,ENGKAU ampunkanlah dosa-dosaku...ENGKAU jadikanlah aku hamba-MU yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan-MU yang tidak ternilai...

Syukur kepadamu YA RABBI,kerana ENGKAU telah berikan aku petunjuk dan hidayah-MU...Saya bahagia dengan penampilan dan kehidupan baru saya ini...Moga saya akan terus kekal begini,malah lebih baik lagi selepas ini....Satu hakikat hidup berjaya saya fahami...Saya bahagia menjadi diri yang baru...Tidak dipandang dan tidak memandang...Alhamdulillah,ALLAH terlalu sayangkan saya...Kerana itu DIA memilih saya untuk melalui perubahan ini....Inilah yang dinamakan hikmah...Buat teman yang membaca tulisan saya ini....sekadar mengingatkan kalian...Apabila kita masih diberi untuk mengumpul sebanyak mungkin amalan kebaikan di dunia, masih diberi peluang untuk belajar ilmu-ilmunya, maka belajarlah dan kejarlah pintu-pintu kebaikan itu sebelum terlambat...Jangan terlalu bangga dengan kebahagian dunia hari ini jika tidak berkiblatkan ISLAM sebagai agamamu...Jangan terlalu menangisi kegagalan yang pernah berlaku dalam kamus hidupmu jika tidak pernah mohon pertolongan ALLAH...tapi risaulah untuk hari esok kerana belum tentu kita dapat membukakan mata melihat dunia..ketahuilah bahawa malaikat maut sentiasa menjenguk kita...melihat apa yang sedang anak Adam lakukan...Persoalkanlah kepada diri kita,apakah masih ada hari esok untuk kita?Apakah kita masih punya ruang dan peluang untuk berubah kepada yang lebih baik?Percayalah teman,pintu taubat sentiasa terbuka buat kita...ALLAH sentiasa menanti kita untuk mengetuk pintu taubat dan keampunan-NYA...Ingin sekali saya berikan rasa hati ini kepada teman-teman seperjuangan...Betapa indahnya nikmat Hidayah dan redha ALLAH itu...Inilah bahagia yang saya cari selama ini...Moga CINTAKU kepada ALLAH kekal abadi...Dan saya bisa menjalani hidup ini dengan senyuman,sambil merasa nikmat kemanisan Iman...InsyaALLAH....


+*+SAR+*+

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers