Wednesday, July 4, 2012

NISFU SYAABAN...Malam Keampunan ALLAH :: KENALI PENYAKIT HATI



Assalamualaikum W.B.T... Malam ini kita telah memasuki satu hari yang baru... Hari yang penuh dengan rahmat dan berkat iaitu NISFU SYAABAN...
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi R.A:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak.. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri." Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah R.A. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambaNYApada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org-org yg dengki."





Malam Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru... MasyaAllah, indahnya aturan Allah kepada kita... Diberi-NYA kita peluang untuk terus bertaubat untuk mencuci dosa-dosa semalam... Segalanya pasti bermula dengan hati kan? Jadi, jom kita renungkan bersama... Adakah kita ini mempunyai penyakit hati yang menyebabkan kita jauh dengan Allah Azzawajjala??

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan. . Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula ibadah tersebut.. Kalau dilaksanakan pun, tidak bersungguh-sungguh.. Contohnya solat 5 waktu..
2. Tidak tersentuh lansung dengan indahnya ayat Al-Quran.. Ketika disampaikan ayat tentang janji dan ancaman Allah, tapi tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dari membaca al-Quran dan mendengarnya..
3. Tidak tersentuh dengan perkara yang terjadi.. Hati ibarat tidak merasakan apa-apa dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pengajaran seperti kematian, sakit, dan bencana.. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya... Nabi bersabda yang bermaksud: "Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan”
4. Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat .. Semangat dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata tanpa mengambil kira kepentingan akhirat..
5. Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat.. Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang.. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak bergelumang dengan dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat..
6. Melakukan maksiat yang berterusan.. Penyakit hati lahir daripada maksiat yang baru dilakukan, begitu juga yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya..
7. Meremehkan dosa kecil.. Harus diingat, bukankah dosa besar bermula daripada dosa kecil..
8. Tidak mengambil kira sumber makanan yang menjadi santapannya... Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, sama ada ianya halal atau haram.. Begitu juga dengan sumber kewangan yang digunakan untuk membeli makanan itu, lansung tidak dipedulikan dari mana datangnya...




Inilah yang kita perlu perhatikan.... Jadi, di mana kedudukan hati kita sekarang?? Adakah hati kita sedang sakit? Cedera parah? Atau sudah tidak bernyawa lagi? Semoga ianya bukan sebahagian daripada perangai kesukaan kita... Jika ianya masih ada dalam diri kita, usahakan untuk menghilangkannya... Jom..saya, awak dan awak semua perbaharui Iman kita bersama-sama... Dalam mencari redha Allah... Moga Malam Nisfu Syaaban yang penuh rahmat ini, Allah S.W.T melamar hati kita untuk bertaubat kepada-Nya..Dan buku amalan kita sentiasa dipenuhi dengan catatan pahala...Ameen...

-SAR-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers