Tuesday, May 22, 2012

TAHU ITU PERLU FAHAM ITU WAJIB


Bismillahirrahmanirrahim... Pertama sekali, sebelum saya meneruskan penulisan yang panjang ini... Terlebih dahulu ingin saya tegaskan di sini, PENULISAN SAYA ADALAH SEKADAR APA YANG TERLINTAS DALAM KOTAK MINDA SAYA... Tulisan saya kali ini tiada kaitan dengan sesiapapun, sekadar perkongsian tentang apa yang minda saya minta untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan... Sebelum saya menulis entri ini, saya mengambil masa untuk berfikir... Perlukah wanita akhir zaman seperti saya menulis entri yang melibatkan Hukum ALLAH... Bimbang juga, jika saya tersalah tulis... Saham akhirat yang bakal saya tempah nanti... Namun saya berusaha sebaik mungkin, mengatur bahasa yang indah supaya tiada yang tersalah anggap terhadap saya... Dan saya bukan menulis tanpa tujuan atau sekadar omong kosong... Terdapat beberapa buah buku agama yang saya jadikan rujukan bersempena dengan entri saya yang agak SERIUS ini... Jika ada yang ingin mengkritk, komen, menegur atau apa jua respon sekali pun... Terpulanglah kepada anda untuk berbuat demikian... Namun saya mohon, agar kalian tidak menghukum saya dengan penulisan ini... Kerana saya mengakui kelemahan diri saya... Jika saya tersalah bicara, tersilap tulis... Semua itu adalah kerana kejahilan diri saya sendiri... Namun, saya berusaha menulis sebaik-baik penulisan supaya tiada yang salah anggap dengan saya... Jutaan keampunan saya mohon jika ada yang menyalah tafsir mahu pun terasa hati dengan entri saya kali ini... Saya tekankan sekali lagi, entri ini tidak melibatkan sesiapa... SEKADAR PENULISAN SEORANG HAMBA ALLAH (Siti Aishah Ramly) YANG LEMAH DI SISI SANG PENCIPTA-NYA, UNTUK DIKONGSI BERSAMA...Wallahualam...Terima kasih kepada yang membaca, dan doakan yang terbaik untuk kehidupan saya...

“ Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah bulan Allah yang Muharram (yang diharamkan iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu yang lima ialah solat malam”
“Siapa Puasa hari ni ??
Selamat berpuasa.. semoga kita berjaya mendapat keredhaan ALLAH .. Amin”
“ riuh dengan kehadiran bulan rejab..Mcm bulan ni baru Nak start jadi hamba sebenar..bulan-bulan lain?...istiqamah lah, Allah suka..”
“ Selamat Berpuasa pada sesiapa yang berpuasa pada hari ini yer..moga kita sama-sama mendapat rahmat dan keredhaan daripadaNya..sucikan hati..ikhlaskan niat hanya keranaNya...”
“ Sahaja aku qada puasa ramadhan dan puasa sunat bulan rejab kerana ALLAH Ta'ala..”
“ Doa menjelang bulan rejab.
YaAllah berkatilah kami dlm bulan rejab dan dln bulan syaaban dan sampai ke bulan ramadhan.
Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah Tuhan 7 petala langit dan Tuhan mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai putih yang disebut sungai Rejab, airnya lebih putih daripada madu. Barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu."
“ Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Muhammad SAW menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab.
Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan)”

“Bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'al..”
“Sape nk puase es0k?j0m la puase”
“Esok jangan lupa puasa sahabat-sahabat...sebelum tidur jangan lupa niat..kalau bangun sahur esok lagi bagus..lagi berkat...InsyaAllah”
“Tanggal 22/05/2012 adalah tanggal 1 bulan Rajab, 1433 H, Riwayat Al-Thabarani dari Sa'id bin Rasyid "Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rajab,maka ia laksana berpuasa setahun, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, bila puasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu surga, bila puasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya."
Barang siapa mengingatkan org lain ttg ini seakan ibadah 80 tahun”
“Malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di istimewakan untuk di kabulkan doa. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’aat, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha.”
Berikut merupakan beberapa petikan status daripada Facebook menceritakan tentang kedatangan Bulan Rejab pada hari ini... Alhamdulillah, masyarakat masih mengambil tahu tentang dunia Islam... Bukan sekadar sibuk meng ‘update’ status tentang perkara-perkara lain.(Ditujukan kepada diri sendiri).
Menyedari hakikat itu, jiwa rasa terpanggil untuk menulis sebuah entri tentang Bulan Rejab ekoran daripada pemerhatian kasar saya terhadap perkara ini yang menjadi isu sehinggakan menimbulkan pelbagai kontroversi... Actually, bukan kontroversi pun... Mungkin menjadi isu kerana terdapat beberapa percanggahan pendapat mahu pun pandangan masing-masing tentang hal ini.... Di bawah ini merupakan sedikit info yang saya ambil daripada Facebook :
FAKTA MENGENAI HADITH PALSU DI BULAN REJAB.
Hadith Rasulullah, “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah HADITH PALSU yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99)

Mengenai fadilat puasa bulan Rejab juga, kita perlu selidiki dan teliti sebaik2nya, kerana ini melibatkan soal agama yang suci.Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu (palsu)

Di sini juga dikongsikan, hadis dhaif dan palsu yang ada di dalam fadilat bulan Rejab.

Hadith hadith fadilat Rejab yang palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

-Hadith sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadith ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadith ini Mawdhu'.

Ini adalah antara puasa sunat yang dilakukan Rasulullah saw.

Setiap bulan Nabi saw pasti akan berpuasa. Puasa sunat Isnin-Khamis, puasa hari2 putih (tanggal 13, 14, dan 15). Tapi khusus Nabi memilih hari-hari tertentu dalam bulan Rejab tidak ada. (Imam Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa: 25/290)
SUMBER : FACEBOOK- Official Page SHAM KAMIKAZE

Apa yang cuba saya sampaikan di sini??? Baiklah... Sebagai Hamba ALLAH yang berusaha memperbaiki diri... Saya bukanlah seorang ustazah, pendakwah mahu pun Alim Ulama yang berhak mengulas lanjut tentang perkara ini... Dan setelah meneruskan penulisan ini, saya tahu entri ini hanyalah sebagai ingatan buat diri saya dalam menilai dan membuat sesuatu keputusan... Terutamanya apabila melibatkan Agama Islam...InsyaALLAH...
TAHU VS FAHAM
Baiklah, bercerita tentang TAHU dan FAHAM...Ia mempunyai skop yang terlalu luas untuk dihuraikan... Jika mengikut pemahaman saya, Tahu dan Faham adalah dua maksud yang mendukung erti yang berbeza... TAHU TIDAK SEMESTINYA FAHAM...Dan FAHAM INSYAALAH AKAN TAHU... Saya nie bukan lah kategori yang serba tahu, apatah lagi serba faham segala macam hal..Terutamanya bercerita tentang hal Agama, kerana saya dalam proses belajar dan terus belajar tentang ilmu ALLAH yang luas ini...Tapi selagi upaya, saya cuba untuk tahu dan faham... Malam semalam, majoriti pemilik akaun facebook Muslim meng ‘update’ status tentang Bulan Rejab... Seronok dan teruja saya membacanya... Banyak perkongsian info yang dapat kita manfaatkan bersama... Tapi terbaca pula tentang wujudnya Hadith palsu tentang Bulan Rejab (Seperti di atas)... Jadi, di sinilah pentingnya kita untuk tahu dan faham...Wajib ambil tahu supaya kita tak mengelirukan orang ramai atau kita sendiri yang tertipu dengan perkara tersebut... Terima kasih kepada Abg Sham Kamikaze tentang perkongsiannya mengenai Hadith palsu itu (Banyak page yang kongsi tentang perkara ini, tapi saya terbaca di page Abg Sham Kamikaze)...Ya, saya pun tak tahu itu hadith palsu pada mulanya.. Meneliti satu persatu hadith atau info tentang Bulan Rejab, terlalu banyak... Terkadang kita sendiri tak tahu mana satu yang betul atau tak (Bukan kita, saya sebenarnya, kerana anda mungkin lebih tahu)... Saya rasa terlalu banyak kalau nak dibahaskan... Dan takkan pernah selesai untuk diperkatakan... Sebab itulah kita kena rajin bertanya kepada yang lebih arif kan?? Kesimpulannya, jangan main copy and paste sahaja apa yang orang lain tulis... Memang niat kita ikhlas, tapi kalau benda tue salah... Kan dah lain jadinya... Wallahualam....Alhamdulillah, sekarang saya, awak dan awak yang membaca ini dah tahu sesuatu yang baru kan? Malah bermanfaat demi agama kita... InsyaAllah...
WAJIB VS SUNAT
Saya teruskan penulisan saya dengan penuh rasa rendah diri...Dan kepada yang meneruskan pembacaan, ketahuilah kalian bahawa saya bukan insan yang kamilah untuk terus berbicara bahasa ALLAH... Namun sekali lagi saya tekankan, ini sekadar perkongsian apa yang terlintas di fikiran saya... Maafkan saya jika ada yang tersilap dan sila betulkan...InsyaAllah... Baiklah, dalam Islam terdapat perkara yang WAJIB dan SUNAT apabila dilaksanakan... Tak perlu saya berbicara panjang mengenai hukum nie, kerana saya yakin kalian lebih arif mengenainya... Jadi, yang mana satu perlu kita dahulukan?? WAJIB... Ya, sudah tentulah yang wajib... Dalam bahasa mudahnya, tidak dapat tidak, MESTI kita laksanakan... Contohnya, mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam... Itu tugas utama kita setiap hari dalam menyempurnakan ketaatan kepada perintah ALLAH... Nanti ada pula yang cakap pada saya...
“Ehh...Puasa pun Wajib kan??”
Semua Muslim sedia maklum bahawa dalam RUKUN ISLAM, berpuasa merupakan Rukun Islam yang ketiga...TETAPI...Kita perlu sedar bahawa yang dikatakan Wajib Puasa itu adalah BERPUASA DALAM BULAN RAMADHAN... Memang sudah menjadi kewajipan kita menunaikan Rukun Islam yang Ketiga itu kan?? Bagi yang uzur, Islam tidak sesekali membebankan mereka untuk terus berpuasa...Boleh berbuka jika puasanya itu mendatangkan mudarat, tapi ingat...Puasa tersebut haruslah diqada’kan (diganti) ...Jadi, bagaimana pula dengan puasa-puasa sunat yang lain?? Terlalu banyak untuk saya senaraikan jenis-jenis puasa sunat...MasyaALLAH, puasa sunat ini jika dilakukan memang mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH S.W.T... Jadi, amat digalakkan seseorang Muslimin itu melakukan puasa sunat yang dianjurkan oleh ISLAM itu sendiri...
Teman-teman yang saya sayangi...Mohon kalian untuk memahami hadith di bawah ini...
Rasulullah S.A.W pernah ditanya : “Amal bagaimanakah yang paling disukai ALLAH S.W.T?”
Baginda menjawab : “Yang terus-menerus walaupun sedikit” –Hadith Riwayat Bukhari
(Habsah Md.Nor, 1001 Wasiat Wanita Solehah, Darul Nu’man, hlmn 125)
Melalui hadith di atas, saya mengajak anda semua untuk membezakan antara yang WAJIB dan SUNAT... Sebelum itu, tahniah kepada antara kita yang sedang menyempurnakan ibadah puasa sunat pada hari ini... Orang yang berpuasa dengan penuh keyakinan dan pengharapan, doanya akan dikabulkan oleh ALLAH dan dosanya diampunkan...
Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Orang yang berpuasa mempunyai doa yang sangat mustajab di kala dia berbuka”
TETAPI, dalam menyempurnakan yang sunat ini... persoalkan kepada diri, adakah ibadah Wajib kita telah dilaksanakan dengan sempurna? Jika kita gah berpuasa sunat dengan kedatangan Rejab, adakah kita sembahyang cukup 5 kali sehari? Jika terdetik rasa syukur kerana berjaya sempurnakan yang sunat pada hari ini, adakah kita juga bersyukur kerana Aurat kita berjaya ditutup dengan sempurna?? Jika kita yakin puasa sunat ini diterima ALLAH, tidakkah kita mahu segala amalan yang wajib dalam Islam juga diterima oleh ALLAH...Jadi, marilah kita bersama-sama melakukan amal soleh tiap masa dan ketika selagi nyawa masih ada... Jangan hanya berpuasa sunat pada Bulan Rejab, tetapi teruskan amalan ini pada bulan-bulan Islam yang lain... Yang WAJIB tidak pernah diabaikan, yang SUNAT sentiasa diamalkan... Kerana sesungguhnya Iman sentiasa mengalami perubahan... Ingat, ini hanyalah penulisan daripada saya yang juga sedang menglami perubahan Iman... Moga ALLAH redha dan merahmati hijrah saya.Tolong doakan ya kawan-kawan?

RUNGUTAN VS IKHLAS
Di sana-sini orang menyeru untuk berpuasa sempena kedatangan Bulan Rejab... Alhamdulillah, ajakan ke jalan ALLAH... Moga beroleh ganjaran pahala... Namun, ada terselit sekelumit perkara yang kurang menyenangkan mengenai hal itu... Apa dia? Ok, sekali lagi saya tekankan... Ini sekadar pemerhatian saya, dan pandangan peribadi saya sahaja... Tahniah kepada mereka yang berpuasa pada hari ini... Anda memang kuat, kerana mungkin saat ini anda sedang dikelilingi dengan mereka-mereka yang sedang menikmati makan tengahari bermenukan nasi, ayam masak kicap, udang goreng berlada, sambal belacan... Di bawah terik pancaran matahari, dihirup pula minuman sejuk seperti sirap limau, TEA C SPECIAL( Famous kat Bumi Kenyalang), air bandung... Lepas tue, ditambah pula dengan pelengkap hidangan iaitu pencuci mulut seperti aiskrim vanilla, buah tembikai, puding karamel... Ya ALLAH, memang menguji keimanan tatkala kita sedang mengerjakan ibadah puasa sunat nie kan?? Sungguh, ujian ALLAH ini sememangnya kadang-kadang mendatangkan pelbagai tafsiran dalam diri kita bukan?? Hrmmm... apa yang membuatkan saya sedikit terkilan ialah, mengapa perlu anda ‘update’ status berbaur rungutan atau kekesalan tentang situasi ini?? Saya bagi contoh kay??
“ Haisshhhh..Penatnya puasa hari ini”
“Perutku sudah berkeroncong, lambat lagi ke nak berbuka nie”
“Untunglah orang tue boleh makan macam-macam...Aku nie puasa, sabar jelah”
“Kalau dapat pekena ABC tengahari buta nie, perggghhh...memang sedap...Tapi puasa la pulak”
“Disebabkan kawan-kawan puasa, aku pun puasa juga...Boleh bukak puasa sama-sama kat KFC malam nie”
Hrmmm...Semalam bukan main lagi kita menyeru dan mengajak rakan-rakan untuk berpuasa sunat... Tapi kenapa ada antara kita yang merungut bagai, sedemikian rupa... Persoalannya di sini... IKHLASKAH KITA?? Ikhlaskah kita berpuasa pada hari ini?? Jawapan tue, ada pada diri masing-masing... Kemudian, apabila dihitung semula... Besarnya pahala mereka yang berpuasa pada hari ini kan?? Tapi terkadang ada juga kelemahan yang datangnya daripada kita sendiri... Baguslah bagi mereka yang puasa sunat nie, tapi janganlah pula sampai mendatangkan rasa riak dengan amalan yang dilakukan... Maksud saya, bercerita sana-sini yang anda sedang berpuasa...Lepas tue, pergi tanya kawan- kawan yang lain...
“Ehhh. Kau tak puasa ke?? Ishhh, rugi lah kau...Aku puasa taw??”
“Puasa sunat sehari pun susah nak buat ke? Aku larat je even kelas penuh hari ni”
Pada saya, terpulanglah kepada diri masing-masing...Ya, saya tak nafikan.. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat (Ditujukan kepada diri sendiri juga)... ALLAH datangkan ujian untuk kita, untuk kita pertimbangkan keputusan yang bakal diambil( Juga ingatan untuk diri sendiri)... Namun rahsia hati, ALLAH jua yang lebih mengetahui... Saya yakin, anda dan sesiapa saja yang membaca entri ini...Jauh lebih mulia berbanding saya... Cukuplah setakat di sini saya huraikan tentang RUNGUTAN VS IKHLAS. Moga bermanfaat ya kawan-kawan?
Mohon sekali lagi, jangan ada yang tersalah anggap dengan entri saya kali ini... Hanya sekadar renungan buat jiwa yang memahami... Jika ada yang tidak bersetuju dengan tulisan saya, maafkan saya... Dan jika ada yang terasa hati dengan apa yang saya titipkan, maafkanlah...Tidak terlintas di hati untuk membuat kesimpulan sendiri, apatah lagi men ‘dosa’ kan sesama sendiri... Segalanya adalah hukum ALLAH...Bukan saya yang menghukum sedangkan diri ini hanya insan yang sangat jahil...Siapalah saya di sisi ALLAH...Insan yang penuh kedaifan...Cukup saya ulangi, sekadar perkongsian apa yang bermain di benak fikiran...Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui...
Sahabat...Saya hanya seorang gadis biasa yang berharap memiliki Iman yang luar biasa dalam menyempurnakan ketaatan kepada perintah ALLAH... Hakikat seorang insan, saya mengakui saya pernah melakukan khilaf dan salah... Terlalu banyak hutang saya sebagai hamba-NYA...ALLAH mengetahui betapa pemilik jiwa ini malu dengan khilaf dan kejahilan masa lalu...Jiwa insan ini sentiasa perlu ditarbiyah... Saya sedar, tulisan ini hanya biasa-biasa sahaja... Mungkin tidak membawa sebarang erti kepada kalian... Tidak pernah saya menginginkan pengikut setia membaca tulisan saya... Kerana setiap penulisan saya, adalah tarbiyah buat diri saya sendiri... Terkadang lelah dan jenuh menghampiri langkah perjalanan... Sampai bila saya mampu berada di atas landasan dakwah ini? Namun saya percaya dengan janji ALLAH, kerana siapakah sebaik-baik yang menunaikan janji?? Hanya ALLAH... Akan saya berusaha menawarkan diri menjadi sebahagian daripada penyelesaian... Jika bukan untuk ummah yang lain....Tapi penyelesaian kepada diri sendiri....Yang baik datangnya daripada ALLAH S.W.T dan yang buruk datangnya daripada saya sendiri, pemilik jiwa yang lemah dan serba kekurangan... Wallahualam...

-SAR-

1 comment:

  1. salamwbt.
    nice.
    tapi semua orang adalah pendakwah selagi ustaziatul alam tidak dicapai.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers