Thursday, May 10, 2012

Jodoh Saya Rahsia ALLAH



Saya Wanita Mujahidah Sejati…
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Bila datang seorang Mujahid menghampiri saya mengajak untuk berjihad..
Kelak akan saya pergi mendampinginya di bumi Jihad..
Cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Saya rela berkelana mengembara dengannya...
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah...

Tak mungkin saya pilih dirinya...bila dunia lebih dia damba…
Terlupa kampung akhirat...
Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia…
Bila saya setuju dan dia pun tidak meragui saya…
Bulat tekad saya untuk menemaninya…




Saya Wanita mujahidah pilihan…
Yang mengalir di nadi ini darah lelaki yang berjihad…
Bila datang menghampiri saya seorang mujahid yang penuh tawaduk…
Kelak bersamanya saya harungi bahtera lautan jihad…
Agar kelak batin, jiwa dan raganya tak terusik,
terbebani dengan segala kemanjaan, kegundahan, kegelisahan diri ini…

Tak mungkin saya memilih dia…
bila yang fana lebih dia cinta…
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintai dia…
dan menanggalkan pakaian taqwa saya kerana dia…

Meniti jalan panjang di medan jihad…
Yang ada hanya air mata tertumpah…
serta debu yang berterbangan,
keringat luka dan kesyahidan pun terulang…
Jika masih ada ragu tertancap di hati dia…
Teguhkan azam saya untuk melupakan dia…




Saya wanita dari bumi Jihad…
Dengan sepenuh semangat berangkat ke padang jihad…
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan…
Tepiskan semua mimpi yang tak bererti…
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
Kerana tak mungkin saya lanjutkan perjalanan ini sendiri…
Tanpa peneguh langkah kaki...pendamping perjuangan…
Yang melepas saya dengan indahnya doa…
Meraih syahid… tujuan utama…
Rabbi… terdengar panggilanMu untuk meniti jalan redhaMu…
Saya harapkan penolong dari hambaMu… menemani perjalanan ini..


Bakal Mujahid, jangan berhenti untuk mengharap syahadah pada-Nya
Mudah-mudahan Allah melapangkan jalanmu menujuNya
Rabbi kita telah berfirman...
“Barang siapa menolong Agamanya maka DIA akan menolongnya pula”
Yakinlah itu...
Kerana saya tahu perjumpaan di dunia adalah sementara...
KeranaNya kita memohon perjumpaan yang kekal...
Hingga saya dan dia tak terpisahkan lagi oleh ruang dan waktu...


SAR

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers