Sunday, April 8, 2012

Rindu ABAH....

Di suatu petang,kedengaran bunyi enjin motosikal menuju ke rumah itu...dan kelihatan ayam-ayam peliharaan bertempiaran mengejar motosikal itu...kerana setiap petang,tuan empunya motosikal itu akan membawa pulang sisa-sisa makanan untuk dijadikan makanan kepada semua ayam tadi...setelah motosikal dipakir di tepi rumah,lelaki itu menuju ke reban ayam di belakang rumah... “kurrr...kurrr..kurrr....”,lelaki itu memanggil ayam-ayam peliharaannya... Hari semakin senja,ayam-ayam sudah dikurung di dalam reban...sekarang,giliran untuk mengajak anak-anak masuk ke rumah... “dah,masuk rumah...pergi mandi,siap-siap...kita maghrib sama-sama”,laung lelaki tua itu... Anak-anak akur dengan arahan si ayah,bergegas masuk ke rumah...masing-masing menunggu giliran untuk mandi.. Usai solat Maghrib berjemaah,lelaki tua itu bangun menuju ke rak buku...sementara anak-anak bersedia mengambil tempat di ruang tamu lalu membentuk satu bulatan besar...sesi usrah bermula...si ayah mula memberi tazkirah kepada anak-anak...diselangi dengan soalan-soalan yang diajukan kepada permata hatinya...begitulah rutin harian mereka sekeluarga...itulah cara lelaki tua itu mendekatkan diri dengan anak-anak...kerana dia tahu,dia tidak mampu untuk membawa anak-anak pergi bercuti jauh-jauh...apatah lagi memberi kemewahan kepada anak-anak...namun,anak-anaknya tidak pernah bersungut apatah lagi meminta-minta...apa yang penting,mereka sekeluarga bahagia...sebelum tidur,lelaki tua itu akan memastikan semua kerja sekolah anak-anaknya siap...jika masih belum siap,dia akan setia menemani si anak menyelesaikan tugasan tersebut...itulah kasih seorang ayah kepada anak-anaknya...
08 MEI 1998 Barah usus yang dihidap oleh lelaki itu semakin teruk...mungkin melalui pembedahan,lelaki itu berpeluang untuk sembuh...namun,dia tetap berkeras mahu pulang ke rumah...apatah lagi kos pembedahan berjumlah puluhan ribu ringgit...mana mungkin dapat dicari oleh anak-anak jumlah wang sebesar itu...anak yang pertama,kedua dan ketiga masih baru dalam alam pekerjaan... “long,abah nak balik rumah hari nie jugak...long bawak abah balik ye”,lelaki itu menyatakan hasrat untuk pulang ke rumah kepada anaknya yang sulong...setelah mendapat persetujuan daripada ahli keluarga dan dan pihak hospital,lelaki tua itu dibawa pulang ke rumah... Sekujur tubuh seorang lelaki terbaring lesu di ruang tamu...seorang anak kecil setia di sisi lelaki tua itu...disentuh tangan lelaki itu...tangan yang selalu membelai rambutnya...tangan yang selalu menyisir rambutnya...tangan yang sering menyuapkan makanan kepadanya...dan tangan yang selalu memimpinnya ketika berjalan-jalan...tidak dipedulikan mata orang ramai yang memandang tindakannya itu...pandangan yang penuh simpati...tumpuan anak kecil yang berusia 7 tahun itu hanyalah pada lelaki itu....lelaki tua itu masih mampu tersenyum melihat tingkah si anak kecil...anak kecil yang tidak tahu apa-apa....anak kecil yang masih perlu diberi perhatian dan belaian manja...dengan sedaya upaya,diangkat tangannya lalu disentuh pipi anak kecil itu...sentuhan penuh kasih sayang...mungkin pada saat itu,di benak fikirannya memikirkan mungkinkah itu sahaja masa yang ada untuk menyentuh pipi si anak kecil...mungkinkah itu saat terakhir dia berpeluang menatap wajah si anak kecil yang masih memerlukannya...tiada siapa yang tahu,kerana ALLAH lebih mengetahui... Orang ramai sudah memenuhi isi rumah...saudara-mara,jiran-jiran,rakan-rakan lelaki tua itu datang untuk menziarah....bacaan suci Yassin kedengaran tiada henti...namun,si anak kecil tanpa rasa malu...berbaring di sisi lelaki itu...tiada siapa yang menghalang,mungkin mengerti rindu si anak kecil kepada lelaki tua itu memandangkan telah lama ditinggalkan kerana di tahan di wad...si anak kecil memeluk lelaki tua itu dengan penuh kasih sayang...kelihatan wajah lelaki itu pucat...badannya lemah...dia hanya mampu tersenyum apabila rakan-rakan menghampirinya,memeluk tubuhnya...mulutnya terkumat-kamit mengungkap kalimah ALLAH...dalam menahan kesakitan,dia meminta anak-anak lelakinya mengambilkan wuduk untuknya...dia hanya mampu menunaikan solat sambil berbaring...anak kecil itu tetap tidak berganjak dari sisi lelaki tua itu... Siang sudah melabuhkan tirainya..malam pula menjelma...dan akhirnya,si anak kecil tadi lena di sisi lelaki itu...begitu lena dia tidur berbantalkan lengan lelaki tua itu....Sehinggalah....
09 MEI 1998 “Adik,bangun dik...Abah dah tak de...Cepat bangun dik”,si anak kecil itu dikejutkan oleh abangnya,angah... Sambil menggosok-gosok matanya,dilihat keadaan sekeliling...suram dan sepi...ada yang menangis...ada yang berlalu keluar dari rumah...jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi...pandangan si anak kecil itu beralih ke arah abang-abangnya yang lain yang sedang menutup seluruh tubuh lelaki tua itu dengan kain...dia seakan mengerti apa yang terjadi,berlalu mendapatkan seorang wanita si satu sudut rumah...wanita berusia 49 tahun sedang ditenangkan oleh ahli keluarga terdekat...betapa beratnya hati ditinggalkan suami buat selama-lamanya...masih adakah kekuatan untuknya meneruskan hidup??membesarkan anak-anak tanpa seorang suami di sisi??emak,bersabarlah...anggaplah ini ujian ALLAH yang perlu kita hadapi.. Kini,si anak kecil itu akur dengan takdir ALLAH...takdir yang menentukan dia menjadi anak yatim ketika berusia 7 tahun... Sayalah anak kecil itu...dan lelaki tua itu abah saya...abah yang sangat saya rindu..2012,genap 14 tahun abah tinggalkan saya...demi ALLAH,pada saat ini saya terlalu rindukan dia...lepas abah pergi,segala-galanya berubah...suasana kat rumah dah tak semeriah macam masa abah ade...dah tak de abah yang akan gosok baju sekolah adik...tak de dah tangan abah yang akan kejutkan kami pagi-pagi nak ke sekolah...dah tak dapat tengok ayam-ayam dalam reban lari kejar motor abah...dah tak de orang yang nak bagi tazkirah lepas Maghrib...dah tak de orang nak rotan kami bila buat salah...tak de orang nak kurung kami kat luar rumah bila buat salah...paling adik rindu,abah akan sikat rambut adik tiap-tiap pagi...akak-akak and abang-abang yang lain pergi sekolah jalan kaki...tapi adik tak nak..abah yang akan hantar adik naik motor...abah tinggalkan duit RM 0.50 untuk belanja sekolah...masa tue,RM 0.50 dah kira banyak...boleh beli nasi lemak dengan air...petang-petang,kalau orang lain main game macam-macam kat rumah...tp abah ajak kami semua main baling selipar...meriah sangat...abah,rindunya adik pada saat tue...saat yang paling berharga dalam hidup kita sekeluarga kan??abah,satu masa dulu mungkin kita hidup tak semewah orang lain...tapi adik tahu,abah bagi kami kemewahan kasih-sayang...kasih-sayang tak ternilai...terima kasih abah... Buat mereka yang masih ada ayah,abah,papa,walid....hargailah pengorbanan mereka...percayalah,satu hari nanti kamu akan menyesal kalau kamu tak hargai dia sekarang...kalau diberi peluang kedua,saya sendiri nak arwah bersama-sama saya sekarang...saya nak balas jasa dan pengorbanan dia...memang saya terkilan sebab tak sempat nak balas segala kebaikan arwah...sebab didikan yang dia pernah bagi kepada saya dan adik-beradik yang lain lah yang menyebabkan kami semua bangkit...bangkit daripada kesedihan dan berusaha untuk berjaya...dan Alhamdulillah,kejayaan dan kebahagiann milik kami...hanya satu yang mampu saya lakukan,sentiasa mendoakan arwah...kerana setiap mereka yang menghadap ILAHI,pasti akan membawa doa anak yang soleh bersama-sama...bila difikirkan semula,memang betul setiap kejadian ada hikmahnya...ALLAH takkan turunkan ujian kepada hambanya yang tak mampu untuk berhadapan dengan ujian tue kan? dulu saya selalu tanya pada diri sendiri...kenapa ALLAH ambil abah awal sangat??kenapa ALLAH tak bagi saya peluang lebih lama rasa kasih-sayang daripada abah...dan saya dah temui jawapan tue...mungkin kerana kalau ditakdirkan ALLAH ambil abah pada usia saya sekarang...boleh ke saya terima??tabah ke saya nak lalui kehilangan abah?? sebab tue ALLAH ambil abah masa saya masih kecil...supaya saya tak terlalu terasa sakit kehilangan abah kan??sekurang-kurangnya,walau abah dah tinggalkan saya...saya masih ada mak di sisi..mak yang selalu ambil berat tentang saya...mak yang dah besarkan saya,jaga saya sampai hari ini...Doaku buat bonda,moga ALLAH sentiasa memberi kesihatan yang baik buatmu...sayang adik pada mak tak mampu diungkap dengan kata-kata...jadi,kita kena fikir...kalau kita rase kita dah susah...ada lagi orang lain yang susah daripada kita kan??
Ya ALLAH,kau ampunkanlah dosa kedua orang tuaku... KAU kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku dan adik-beradikku... KAU terimalah segala amalan kebaikan yang telah mereka lakukan... Ya RAHMAN,kau lapangkanlah kubur ayahku...tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman... KAU terangilah kuburnya..KAU jauhkanlah dia daripada azab kubur yang sangat dasyat... Sesungguhnya ENGKAU lah TUHAN yang maha pengasih lagi mengasihani... Terima kasih Ya RABBI,kerana memberi aku nikmat keluarga bahagia... Rahmati dan berkatilah kehidupan keluargaku sebagaimana ENGKAU merahmati kehidupan para Rasul-MU... KAU perkenankanlah doaku ini Ya ALLAH... Amin... Namun hatiku masih tetap di sini, Menadah tangan pada Yang Maha Mengerti ... Bertahun sudah berlalu, Memori indah jua tetap di jiwa merindu, Ternyata diri ini masih di ulit kasihmu, Pada sebuah pemergian yang bernada pilu ... Pada ayahanda yang diingati sentiasa, Pergimu bersama kasih suci selamanya, Senandung doa hadiah buat ayahanda tercinta, Juga menyirami secangkir cahaya di pusara mulia ... Selautan kasih dari anak-anak yang merinduimu, Jua dari cinta sejati bonda yang tak pernah layu, Duduk berteleku pada satu keheningan syahdu, Memohon ketenangan pada Yang Satu! Al-Fatihah buat ayahanda yang di sayangi, Semoga roh mu tenang di sisiNya ... Tak dinafikan kehilangan orang yang paling kita sayang dalam hidup nie,sakit sangat...sakit yang tak terucap dengan kata-kata,tapi mampu ditafsirkan melalui tangisan yang mungkin tiada penghujung...Moga aku masih punya kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup nie...buat insan-insan yang masih menyayangi diri ini,terima kasih tak terhingga...terlalu besar harapan aku,moga tiada lagi kehilangan yang boleh membuatkan aku jatuh...jatuh yang susah untuk bangkit semula...INSYA-ALLAH... SAYANG ABAH....SELAMANYA....
Dalam kenangan...09.05.1998, detik terakhir bersamamu....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perjalanan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers